
Membaca Surah 3 Qul Pada Waktu Pagi dan Petang
Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca โSurah Al-Muawwizatโ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).
โAl-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.โ
(HR. Abu Dawud no. 4419, An Nasaโi no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)
Rasulullah shalallahu โalaihi wasallam bersabda:
โTelah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu โAl-Muโawwizatainiโ (surah An-Naas dan surah Al-Falaq).โ
(HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasaโi no. 944)
โSetelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu โalaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan โSurah Al-Ikhlasโ, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.โ
(HR. At Tirmidzi radhiallahu โanhu)
Moga bermanfaat dan Selamat beramal..
Wallahualam Bissawab