Latest

Thursday, December 15, 2022

Solat Adalah Amalan Yang Mula-Mula Sekali Dihisab Pada Hari Kiamat

Solat Adalah Amalan Yang Mula-Mula Sekali Dihisab Pada Hari Kiamat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sholat seseorang, jika sholatnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sholat nya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sholat fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sholat-sholat  sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sholat  fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

[Hadis riwayat Imam Tirmizi]

Tuesday, December 13, 2022

Sempurnakan wuduk


Rasulullah s.a.w bersabda:
"Umat-ku akan tampil dengan wajah yang bersinar pada hari Kiamat oleh kerana wuduknya yang sempurna."
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim & Imam Ahmad)

Monday, December 12, 2022

Saturday, December 10, 2022

Taubat


Taubat

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa."

(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

Friday, December 09, 2022

Du'a For Seeking Forgiveness For Parents

Solat Sunat

Solat Sunat

Terdapat banyak jenis solat sunat. Jika tidak mampu buat semua, buatlah sebahagian. Di antara solat sunat yang perlu dijaga iaitu beristiqamah mengamalkannya ialah solat sunat Tahajjud, solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir. Solat sunat Tahajjud disebut dengan jelas di dalam Al-Quran manakala solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir disebut dalam banyak Hadis-hadis Sahih.

Marilah kita beramal dengan ikhlas dalam mencari redha Allah.

Wednesday, December 07, 2022

Al-Quran Dan 4 Jenis Pembaca


Al-Quran Dan 4 Jenis Pembaca

Rasulullah SAW bersabda: 
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah utrujah, baunya harum dan rasanya enak. Dan Perumpamaan orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah kurma, tidak wangi dan rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafiq yang membaca Al-Quran seperti buah raihanah baunya enak dan rasanya pahit. Dan Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran seperti buah hanzhalah, tidak beraroma dan rasanya pahit."

[Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim]

Please Join my facebook's fan page