Friday, June 21, 2024

Waktu selepas solat asar pada hari Jumaat merupakan antara waktu yang digalakkan untuk kita memperbanyakkan doa


Waktu selepas solat asar pada hari Jumaat merupakan antara waktu yang digalakkan untuk kita memperbanyakkan doa.

Daripada Jabir bin Abdillah r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam (waktu siang), padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar”.
[Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Selamat berdoa!

#doa #Jumaat #selepassolatAsar

No comments:

Post a Comment