Tuesday, July 04, 2023

Memuliakan Ibu Bapa

Memuliakan Ibu Bapa

Ibu kamu, ibu kamu, ibu kamu kemudian bapa kamu...

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: ‘"Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?’’. Maka Rasulullah s.a.w menjawab:

أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ

Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.

[Hadis riwayat Imam Muslim (2548)]

No comments:

Post a Comment