Saturday, August 29, 2020

Siapakah yang paling mulia di antara manusia?



Abdullah bin Umar r.a berkata Rasulullah ﷺ ditanya, "Siapakah yang paling mulia di antara manusia?"
Baginda ﷺ menjawab,
"Setiap orang yang hatinya 'Makhmum' dan lidahnya jujur". Sahabat r.a bertanya, "Kami tahu seorang yang lidahya jujur, tetapi apa yang dimaksudkan dengan hati 'makhmum'? Baginda SAW menjawab," 'Makhmum' ialah orang yang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah SWT), dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikitpun perasaan dengki atau iri hati padanya."
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment