Monday, August 03, 2015

Posts from my facebook on 3 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Ada orang bertanya saya:
Kenapa usia Rasulullah s.a.w dikatakan 63 tahun ketika Baginda wafat sedangkan jika dikira tarikh Baginda lahir (20 April 571 Masihi) dan tarikh Baginda wafat (8 Jun 632 Masihi) ialah 61 tahun BUKAN 63 tahun.
Ini jawapan saya:
Tahun Hijrah mempunyai bilangan hari 355 atau 354 hari dalam setahun. Sedangkan tahun Masihi mempunyai 365 hari atau 364 hari dalam setahun.

Jika dikira bilangan hari dalam tahun Masihi dari tarikh Baginda lahir hingga tarikh Baginda wafat ialah: (365 x 61) + 49 = 22,314.
Ambil bilangan hari tahun Masihi ini dan bahagikan dengan bilangan hari tahun Hijrah:
22,314 / 355 = 62.86 tahun. Jadi bila dibundarkan ia menjadi 63 tahun dalam kiraan tahun Hijrah.
Allahu aklam.

Kerap sungguh tragedi kemalangan tangga bergerak (escalator) di China...
Mungkin buat masa ini guna tangga tak bergerak....tapi orang yang bergerak... melangkah turun naik. 
smile emoticon

Ramai yang tidak suka hari Isnin kerana kembali berkerja selepas cuti hujung minggu...jadi timbullah sindrom "Monday Blues" dsbnya..tetapi dalam Islam, hari Isnin adalah hari yang bersejarah...
Nabi s.a.w dilahirkan pada Subuh ISNIN, 12 Rabiulawal / 20 April 571M.

Kelahiran Nabi s.a.w di kala Subuh suatu hari Isnin telah menceriakan seluruh alam... sebagai Rahmat utk seluruh alam.
Maka cerialah selalu walaupun di Hari Isnin smile emoticon

Allah has countless creations, yet He never forgets a single of us, but we have One Creator, and we've forgotten Him countless number of times.

Ramai yang rajin berdoa ketika dalam susah,
Di atas hamparan sejadah tangan rajin menadah,
Teruskan berdoa bila diberikan kesenangan oleh Allah,
Itulah tanda bersyukur seorang hamba Allah.


Allah gives you tests, trials and tribulations not to make you suffer,
rather to make you stronger, smarter, better.
In Allah always trust and remember.


Bila masuk restoran masakan Arab, tersenyum melihat menu "nasi mandy kambing" kerana semasa kecil orang tua-tua pesan jika malas mandi jadi macam kambing..sekarang kambing ini pun sudah mandy (mandi) smile emoticon
Inilah makanan favourite sekali sekala.
*Jenaka tengahari

Success does no consist of never making mistakes, but in never making them a second time.

Bila orang berautoriti bercakap mengenai bidangnya (mengenai agama, hal ehwal semasa, kewangan dll) walaupun katanya perbincangan utk kumpulan fb atau whatsapp tertentu sahaja..pandangan orang berautoriti ini dengan mudahnya akan dikongsi di luar kumpulan terhad ini. Maka berhati hati dalam memberi pandangan atau hujah kerana ia akan dianggap pendirian rasmi walaupun masih dlm perbincangan. Jika pandangan, fakta atau hujah tidak betul ia akan mengundang kontroversi, masalah atau fitnah kerana kenyataan akan cepat menjadi viral di dunia maya. Berhati hati selalu... berhati-hati di jalan raya, berhati-hati di dunia maya, berhati-hati di dunia nyata.

Ramadan left us for 2 weeks,
Masjids miss our presence,
Come back..come back please,
Plead the masjids.

Hadapilah segala masalah yang memang harus kau hadapi, dan ubah semua itu menjadi kekuataan baru bagi masa depanmu.

SEJARAH ISLAM:
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

No comments:

Post a Comment