Wednesday, June 17, 2015

Kaedah menentukan masuknya 1 Ramadhan

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ، وَأفْطِرُوا لِرُؤيَتِهِ، فَإنْ غَبِيَ عَلَيْكُمْ، فَأكمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلاَثِينَ))
. متفقٌ عَلَيْهِ، وهذا لفظ البخاري.
وفي رواية مسلم: ((فَإنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَصُومُوا ثَلاَثِينَ يَوْمًا)).

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Berpuasalah dengan sebab melihat hilal (anak bulan Ramadhan) dan berhari rayalah dengan melihatnya (anak bulan Syawal). Maka jika berlaku mendung (berawan hingga tidak nampak anak bulan) ke atasmu maka cukupkan bilangan Sya'ban sebanyak 30 hari." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih). Dalam riwayat Muslim melaporkan: " Jika keadaan berawan (mendung) ke atas kamu maka berpuasalah selama 30 hari."

PENGAJARAN
1. Kewajipan puasa Ramadhan ditentukan dengan rukyah hilal (nampaknya anak bulan) pada malam 30 Sya'ban (hari 29 Sya'ban). Jika ianya tidak kelihatan kerana awan mendung dll maka hendaklah hisab (dicukupkan) 30 hari Sya'ban yang mana puasa Ramadhan akan bermula pada hari berikutnya,
2. Kaedah ini juga terpakai untuk penentuan hari raya Eidulfitri (1 Syawal),
3. Penyaksian terhadap anak bulan mestilah dilakukan oleh orang Islam yang adil yang diyakini penyaksiannya.

No comments:

Post a Comment