Sunday, February 09, 2014

Panduan Solat Jenazah


Cara ringkas solat jenazah adalah seperti berikut:

1. Angkat Takbir "Allahu akbar" & Niat dalam hati :
- Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
- Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala".
- Baca AlFatihah hingga akhir.





2. Angkat Takbir Kedua "Allahu akbar"
- Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad.
- Pendek pun tidak mengapa, paling baik selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir.

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahu akbar"
- Baca doa (pendek pun tidak mengapa, panjang lagi bagus), contoh dibawah ni :
- Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
- Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
- Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. Ada doa lain.

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahu akbar" 
-  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri.
-  Selesai.


Sabda Rasulullah SAW: "Bila kalian menyalati jenazah, maka murnikanlah doa untuknya."
(HR. Abu Daud : 3199 dan Ibnu Majah : 1947).


Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat dan ikutlah rukun di atas. Cukup rukun maka sahlah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah. 


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.net

No comments:

Post a Comment