Wednesday, September 10, 2025

Hauqalaj

HAUQALAH

Soal Jawab Agama
#1715: Maksud Hauqalah dan Kelebihannya

Oleh: Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
31 Mei 2023

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya pernah dengar ada seorang ustaz sebut tentang hauqalah. Tetapi saya lupa apakah yang dimaksudkan dengannya. Boleh ustaz jelaskan maksud dan lafaz hauqalah? 

Jawapan: 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Dalam menjawab persoalan di atas, hauqalah adalah kalimah ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’. 

Berkenaan maksud ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’, ia dapat difahami melalui riwayat Abdullah bin Mas’ud di mana beliau berkata:

كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَدْرِي مَا تَفْسِيرُهَا؟» ، قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «لَا حَوْلَ عَنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِلَّا بِعِصْمَةِ اللَّهِ، وَلَا قُوَّةَ عَلَى طَاعَةِ اللَّهِ إِلَّا بِعَوْنِ اللَّه

Maksudnya: “Ketika aku bersama Nabi SAW, aku menyebut zikir dengan ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’. Lantas Rasulullah SAW bertanyaku: Adakah kamu tahu apakah tafsirannya? Jawabku : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Sabdanya: ‘لَا حَوْل’ (tiada daya) untuk (menghindari) maksiat kepada Allah SWT kecuali dengan pemeliharaan Allah SWT. Dan ‘وَلَا قُوَّة’ (tiada kekuatan) untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT kecuali dengan pertolongan Allah SWT.

Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya (2004). Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (10/102) menyatakan hadith ini diriwayatkan dengan dua sanad, salah satu sanadnya terputus dan terdapat Abdullah bin Kharasy yang pada kebiasaannya dinilai sebagai dhaif, manakala satu lagi sanadnya bersambung dan dinilai sebagai hasan

Al-San’ani dalam Subul al-Salam menyatakan maksud kalimah ini sehingga mendapat pahala dan anugerah yang besar di sisi Allah SWT kerana kalimah ini melambangkan penyerahan, berserah kepada Allah SWT, mengiktiraf dengan tunduk dan patuh kepada-Nya. Begitu juga bahawa tiada di sana pembuat dan pencipta selain dari-Nya. Tiada yang boleh menolak dan membangkang segala kehendak dan perintah-Nya. Hamba sekali-kali tidak memiliki sesuatu dari sebarang urusan dan perkara. Kekuasaan, pergerakan dan helah tiada mungkin berlaku kecuali dengan kehendak Allah SWT. (Lihat Subul al-Salam, 2/706)

Justeru tafsiran secara marfu’ seperti di atas iaitu dengan maksud tiada daya dan upaya daripada menghindari maksiat kecuali dengan pemeliharaan Allah SWT. Begitu juga tiada kekuatan dalam mentaati Allah kecuali dengan izin Allah SWT. Inilah yang dikhabarkan Jibril AS kepada Nabi SAW daripada Allah SWT.

Hal yang sama juga dijelaskan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani, di mana beliau menyebut bahawa maksudnya, tidak ada yang menghalang daripada maksiat pada Allah melainkan dengan pertolongan Allah. Tidak ada juga kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada Allah selain dengan pertolongan Allah. (Lihat Kasyifah al-Saja, hlm. 33)

Dr. Muhammad Luqman al-Silafi berkata, maksud ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ’ iaitu bahawa bagi hamba mempunyai kehendak, kudrat dan perbuatan pada hakikat dilakukannya mengikut kehendaknya. Tetapi kehendak dan nawaitunya itu tidak keluar dari daerah kehendak Allah SWT dan iradah-Nya. Maka Allah SWT meminta supaya kita ,melakukan amalan soleh sedangkan hamba menghendaki dan melakukannya di samping memohon daripada Allah pertolongan dengan kalimah ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ’ dan tiadalah boleh digantung dan disandarkan atas kekuatan sendiri dan kudratnya semata-mata.

Fadhilat dan Kelebihan  Hauqalah (لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه)

Terdapat banyak fadhilat zikir dengan ‘لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه’. Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid telah menyenaraikan beberapa fadhilat fadhilat tersebut. Antaranya:

Pertama: Daripada Mu’az bin Jabal bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏‏ أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى بَابٍ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ ‏؟‏‏ قُلْتُ: بَلَى‏.‏ قَالَ :‏ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ‏

Maksudnya: “Adakah kamu mahu aku tunjukkan kepadamu pintu dari pintu-pintu syurga?” Beliau bertanya: “Apakah itu?” Sabda Rasulullah SAW: ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’.

Riwayat al-Tirmizi (3581), Ahmad (21996), dan al-Nasa’i dalam Sunan al-Kubra (10189). Syeikh Syu‘aib al-Arna’ut dalam kitabnya Takhrij al-Musnad (1438) menyatakan hadith ini Hasan li ghairih.

Kedua: Daripada Abu Musa R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ، أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ ؟ فَقُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ : قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ .

Maksudnya: “Wahai Abdullah bin Qais, mahukah engkau aku beritahu tentang salah satu tabungan/simpanan dari simpanan-simpanan syurgawi?” Aku menjawab: ‘Tentu, wahai Rasulullah’. Baginda bersabda: ‘Ucapkanlah: ‘لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ’.

Riwayat al-Bukhari (4205) dan Muslim (7037)

Syeikh al-Islam Taqiy al-Din Abu al-Abbas berkata: Nabi SAW menyebut, ‘salah satu tabungan/simpanan daripada simpanan syurgawi.’ Lafaz al-kanz (الكَنْزُ) maksudnya adalah harta yang terkumpul dan tidak memerlukan lafaz jama’ (كنوز). Hal tersebut adalah kerana hauqalah mengandungi makna tawakkal dan iftiqar (memerlukan dan berhajat) kepada Allah SWT. (Lihat Majmu’ al-Fatawa, 13/321)

Ketiga: Daripada Abu Zar R.A, katanya:

أَوْصَانِي خَلِيلِي بِسَبْعٍ: بِحُبِّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنْ أَدْنُوَ مِنْهُمْ، وَأَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلُ مِنِّي وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوقِيْ، وَأَنْ أَصِلَ رَحِمِيْ وَإِنْ جَفَانِيْ، وَأَنْ أُكْثِرَ مِنْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، وَأَنْ أَتَكَلَّمَ بِمُرِّ الْحَقِّ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ فِي اللهِ لَوْمَةُ لاَئِمٍ، وَأَنْ لاَ أَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا.

Maksudnya: “Kekasihku (Rasulullah) SAW berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara: (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, (2) Baginda memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku, (3) Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturrahim meskipun mereka berlaku kasar kepadaku, (4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan ‘لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ’ (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah), (5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit, (6) Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan (7) Baginda melarang aku supaya tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.”

Riwayat Ahmad (21415) dan Ibn Hibban (449). Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan hadith ini sahih dalam takhrij Sahih Ibn Hibban (449)

Keempat: Daripada Abu Ayyub al-Ansari, bahawa Rasulullah SAW pada malam di Isra’kan telah melintasi Ibrahim AS dan Ibrahim AS berkata kepada Baginda SAW:

مُرْ أُمَّتَكَ فَلْيُكْثِرُوا مِنْ غِرَاسِ الْجَنَّةِ، فَإِنَّ تُرْبَتَهَا طَيِّبَةٌ، وَأَرْضَهَا وَاسِعَةٌ قَالَ: وَمَا غِرَاسُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ. 

Maksudnya: Perintahkanlah umatmu dan perbanyakkan dari tanaman syurga kerana tanahnya baik dan tempatnya luas. Tanya Baginda SAW : “Apakah tanaman syurga?” Jawabnya: ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’.

Riwayat Ahmad (23552) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (648). Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (10/100) menyatakan Rijal hadith ini semuanya sahih kecuali Abdulllah bin Abd al-Rahman bin Abdullah bin Umar bin al-Khattab, dia adalah thiqah yang tidak dibincangkan oleh sesiapapun dan Ibn Hibban menthiqahkannya.

Kelima: Daripada Abdullah bin Amr, katanya : Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَلَى الأَرْضِ أَحَدٌ يَقُولُ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، إِلَّا كُفِّرَتْ عَنْهُ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ

Maksudnya: Tidak ada sesiapa pun di Bumi ini apabila dia berkata, Tiada Tuhan selain Allah dan Allah maha besar dan “‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’” kecuali diampunkan kesalahan-kesalahannya walaupun ianya seluas lautan.

Riwayat al-Tirmizi (6460), al-Nasa’i dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (124) dan Ahmad (6479). Pengarang kitab Sahih al-Jami’ (6536) menilai hadith ini sebagai hasan.

Keenam: Daripada Ibn Umar katanya, Rasulullah SAW bersabda:

أَكْثِرُوا مِنْ غَرْسِ الْجَنَّةِ فَإِنَّهُ عَذْبٌ مَاؤُهَا طَيِّبٌ تُرَابُهَا، فَأَكْثِرُوا مِنْ غِرَاسِهَا، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya: “Perbanyakkanlah daripada tanaman syurga kerana airnya tawar dan tanahnya baik serta subur. Maka perbanyakkanlah daripada tanamannya dengan menyebut: ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (12/364). Imam al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir (1407) menilai hadith ini sebagai hasan.

Ketujuh: Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، كَانَ دَوَاءً مِنْ تِسْعَةٍ وَتِسْعِينَ دَاءً، أَيْسَرُهَا؛ الْهَمُّ

Maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’, maka ia adalah penawar daripada 99 penyakit, dan yang paling ringan adalah perasaan bimbang dan keluh kesah.

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1990), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (5028) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (178). Al-Hakim menyatakan hadith ini sahih. Manakala pengarang kitab Dha’if al-Jami’ (6286) menilai hadith ini sebagai dha’if.

Syeikh Ubaidullah al-Rahmani al-Mubarakfuri menukilkan bahawa Imam al-Syaukani berkata: Zahirnya, sesungguhnya zikir ini adalah penawar dengan bilangan yang disebutkan, dan boleh jadi ia adalah lebih daripada itu. Maka maksudnya, ia adalah penawar kepada seluruh penyakit di mana seringan-ringannya ialah al-Hamm (yakni keluh kesah). Penyakit tersebut merangkumi penyakit-penyakit batin seperti takabbur, ‘ujub, syirik tersembunyi, dan hawa nafsu, ataupun yang lebih umum daripada itu. Dan inilah yang jelas.

Manakala al-Qari berkata, iaitu daripada penyakit-penyakit duniawi dan ukhrawi. Maksud yang paling ringan adalah yang paling sedikit dan paling mudah. Al-Hamm (keluh kesah) di sini merangkumi jenis yang berhubung dengan agama atau dunia, atau keresahan kehidupan dan dukacita hari akhirat.

Al-Munawi pula berkata: Demikian itu kerana seorang hamba, apabila terlepas daripada asbab, maka hatinya akan gembira dan bahagia, dukacitanya akan terlerai, serta akan datang kepadanya kekuatan, pertolongan dan dokongan. (Lihat Mir’at al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih, 17/261)

Begitu juga, al-San’ani ada menjelaskan bahawa penawar daripada 99 penyakit dan seringan-ringannya ialah al-Hamm. Akan tetapi, penawar ini tidak akan memberi manfaat kecuali bagi sesiapa yang beriktikad  dengannya, serta melakukan dengan hati yang hadir, yang kuat dan membenarkan. (Lihat al-Tanwir Syarh al-Jami’ al-Saghir, 11/146)

Kelapan: Daripada Ali bin Abu Talib RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِ بِنِعْمَةٍ فَلْيَحْمَدِ اللهَ وَمَنِ اسْتَبْطَأَ الرِّزْقَ فَلْيَسْتَغْفِرِ اللهَ وَمَنْ حَزَبَهُ أَمْرٌ فَلْيَقُلْ: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya: “Siapa yang dikurniakan kepadanya nikmat, maka hendaklah ia memuji Allah SWT, dan siapa yang rezekinya payah maka hendaklah beristighfar kepada Allah SWT, dan siapa yang dilanda kerunsingan maka hendaklah ucapkan ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ’

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (642). Hadith ini dinilai dhaif sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab al-Silsilah al-Dha’ifah (4565)

Kesembilan: Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda:

مَا أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَى عَبْدٍ نِعْمَةً فِي أَهْلٍ أَوْ مَالٍ، أَوْ وَلَدٍ، فَقَالَ: مَا شَاءَ اللَّهُ، لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، فَيَرَى فِيهِ آفَةً، دُونَ الْمَوْتِ

Maksudnya: “Tiada suatu nikmat pun yang diberikan oleh Allah kepada seseorang hamba dalam keluarga, harta dan anak, maka dia berkata ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله’. maka tiada suatu malapetaka pun yang akan menimpanya selain dari kematian.”

Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah SWT:

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا ‎

Maksudnya : “Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah apa yang dikehendaki Allah)! (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)?” (Surah al-Kahfi: 39)

Riwayat Ibn Abi Dunya dalam al-Syukr (1), al-Tabarani dalam al-Awsat (5995). Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (10/143) menyatakan pada sanad ini terdapat Abd al-Malik bin Zirarah dan dia perawi yang dha’if.

Berdasarkan hadith-hadith di atas, meskipun sebahagiannya daif, tetapi dalam bab Fadhail A’mal, kebanyakan ulama’ mengharuskan untuk beramal seperti pendapat Abu Daud dan Imam Ahmad. Begitu juga mengikut pendapat yang muktamad daripada imam-imam yang muhaqqiqin. Antaranya: al-Maimuni daripada Imam Ahmad, al-Baihaqi, daripada Ibn Mahdi, Ibn Mubarak, Ibn Abd al-Bar dan Imam al-Nawawi.

Hadith-hadith di atas menunjukkan betapa besarnya fadhilat dan kelebihan bagi sesiapa yang memahami, menghayati, tadabbur dan meyakini berkenaan dengan zikir ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ’. 

Secara ringkasnya, dapatlah dinyatakan kelebihan kalimah zikir ‘لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ’ ini ialah:

Sebagai pintu syurga iaitu dengan mengamalkannya akan membawa kepada masuk syurga.
Sebagai khazanah daripada khazanah syurga iaitu besarnya nikmat dan nilai kalimah dan zikir ini di sisi Allah SWT.
Kalimah zikir ini merupakan sebagai tanaman syurga yang sudah tentu memberi penambahan nikmat yang sudah ada dengan sebab melazimi zikir ini.
Kalimah ini boleh meringankan dan menyembuh pelbagai jenis penyakit seperti dalam riwayat yang menyebut penawar 99 jenis penyakit dengan izin Allah SWT dan yang paling ringan ialah dukacita.
Betapa Rasulullah SAW mengajar para sahabatnya sebagai bukti betapa kalimah ini mempunyai nilai yang agung di sisi Allah SWT.
Semoga kita semua sentiasa menjadi ahli zikir dengan sebanyak-banyaknya yang seterusnya melayakkan kita menghuni syurga Firdaus pada hari akhirat kelak. Amin.

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, tolonglah kami untuk zikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.”

Bertarikh: 31 Mei 2023 bersamaan 11 Zulkaedah 1444H

Thursday, August 21, 2025

Amalan Yang Memasukkan Ke Syurga

Amalan Yang Memasukkan Ke Syurga

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya ia mendatangi Nabi s.a.w seraya berkata; Ya Rasulullah, Beritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: 
"Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat."

(Hadis; Musnad Ahmad No: 10027) 
Dar Ihya Turath Arabiy. 
Status: Isnad Tsiqah

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Panduan Solat Sunat Hajat

Panduan Solat Sunat Hajat

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda' bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat:

Boleh dilakukan bila-bila masa (siang atau malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, selepas solat asar, ketika matahari naik, dll. Walaubagaimanapun, lebih afdhal (baik) dilakukan pada lewat malam khususnya pada sepertiga akhir malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat 
• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian 
• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah (cara paling ringkas) ialah :

1. Lafaz Niat Solat Hajat :

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku solat sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

a. Baca doa iftitah

b. Baca Al Fatihah

c. Baca Surah Al Kafirun (atau surah/ayat lain)

d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

3. Pada Rakaat Kedua

a. Baca Al Fatihah

b. Baca Surah Al Ikhlas (atau surah/ayat lain)

c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

d. Membaca Tahiyat Akhir

4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :

a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.

b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, perniagaan, melunaskan hutang, diberi jalan keluar dari kesempitan atau masalah kehidupan, dijauhkan dari maksiat dll.

• Setiap orang mempunyai cita-cita dan hasrat. Untuk mencapai cita-cita dan hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar.

• Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yang dipohon:
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain dan doa untuk mengatasi atau menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon:
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah.
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
- Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang.
- Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah.
- Tidak putus asa mengharap rahmat Allah.
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insya-Allah).

Tambahan: Boleh berdoa semasa sujud afdhalnya dalam bahasa Arab seperti doa dari Hadis dalam bahasa Arab.

Monday, August 11, 2025

Sunnah Ketika Melihat atau Mengiringi Jenazah

Sunnah Ketika Melihat atau Mengiringi Jenazah

#Sunnah #Hadis #SahihBukhari #SahihMuslim #muttafaqalaih

Doa Ketika Sedih dan Gelisah


Doa Ketika Sedih dan Gelisah 🤲

#doa

Friday, August 01, 2025

Doa Memperbaiki Urusan Agama dan Dunia


Doa Memperbaiki Urusan Agama dan Dunia

#doa #Sunnah #Hadis #Hadith #SahihMuslim #SahihMuslim2720

Thursday, July 31, 2025

Doa Ketika I'tidal ~ 30 Malaikat Saling Berebut Untuk Menjadi Pencatat Pertama


Doa Ketika I'tidal ~ 30 Malaikat Saling Berebut Untuk Menjadi Pencatat Pertama

#solat #itidal #doa #Sunnah #Hadis #Hadith #SahihBukhari

Take care of your parents, please them, make them happy


Take care of your parents, 
please them, make them happy

Rasulullah s.a.w said...

#Sunnah #Hadith #SahihBukhari #SahihBukhari6131 #akhlak #adab

Wednesday, July 30, 2025

SEBELUM TIDUR USAHAKAN MEMBACA SEKURANG-KURANG 100 AYAT AL-QURAN

SEBELUM TIDUR USAHAKAN MEMBACA SEKURANG-KURANG 100 AYAT AL-QURAN

Cadangan 100 ayat al-Quran:
1. Surah Al-Fatihah/1 : 7 ayat
2. Surah Al-Baqarah/2, ayat 1-5 : 5 ayat
3. Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah/2, ayat 255) : 1 ayat
4. Surah Al-Baqarah/2, ayat 285-286 : 2 ayat
5. Surah At-Taubah/9, ayat 128-129 : 2 ayat
6. Surah As-Sajdah/32 : 30 ayat
7. Surah Al-Mulk/67 : 30 ayat
8. Surah Al-Insyirah/94 : 8 ayat
9. Surah Al-Ikhlas/112 : 4 ayat
10. Surah Al-Fala/113) : 5 ayat 
11. Surah An-Nas/114) : 6 ayat

Jumlah: 100 ayat al-Quran.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ بِمِائَةِ آيَةٍ فِي لَيْلَةٍ كُتِبَ لَهُ قُنُوتُ لَيْلَةٍ

Barangsiapa membaca 100 ayat (al-Quran),dalam satu malam maka tertulis baginya pahala seperti solat sepanjang malam.
📚(Hadis riwayat Imam Ahmad: 16510, ash-Shahihah: 644 al-Albani)

Iqra al-Quran.

#iqraalQuran #bacaQuran #readalQuran #Sunnah #Hadis #MusnadAhmad #MusnadAhmad16510 #seratusayatalQuran

Tuesday, July 29, 2025

Istighfar dan Taubat


Istighfar dan Taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Rasulullah s.a.w yang maksum (terpelihara dan bebas dari dosa) beristighfar dan bertaubat 70 kali dalam sehari, maka kita yang setiap hari tidak sepi dari dosa seharusnya beristighfar dan bertaubat lebih lagi.

#istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #Hadith #SahihBukhari #SahuhBukhari6307

Monday, July 28, 2025

BERHATI-HATI DALAM BERBICARA


BERHATI-HATI DALAM BERBICARA

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi 2314)
[Status: Hadis Sahih]

#Sunnah #Hadis #Hadith #SunanTirmizi #SunanTirmizi2314 #akhlak #adab

Doa Ketika Sedih Yang Mendalam dan Mengalami Ujian Berat - Sesuai Sunnah


Doa Ketika Sedih Yang Mendalam dan Mengalami Ujian Berat - Sesuai Sunnah 🤲

#doa #Sunnah #Hadis #SahihBukhari #SahihBukhari6346 #SahihMuslim #SahihMuslim2730

Friday, July 25, 2025

Menyembunyikan Sedekah


Menyembunyikan Sedekah

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah dan dia menyembunyikan sedekahnya, sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari no. 1423 dan Imam Muslim no. 1031)

#sedekah #infak #Sunnah #Hadis #SahihBukhari #SahihBukhari1423 #SahihMuslim #SahihMuslim1031

Taqwa

TAQWA

Taqwa (تقوى) ialah satu konsep penting dalam Islam yang merujuk kepada ketakwaan, kewaspadaan, atau rasa takut dan patuh kepada Allah SWT. Ia merupakan kesedaran yang mendalam terhadap kehadiran Allah dalam setiap aspek kehidupan seseorang, lalu mendorong mereka untuk menjauhi dosa dan melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas.

Maksud Taqwa:

Secara ringkas, taqwa bermaksud:

"Takut kepada Allah, patuh kepada perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya."

Definisi dari al-Quran dan hadis:

1. Al-Quran (Surah Al-Baqarah, ayat 2):

“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.”

2. Hadis Nabi SAW: Rasulullah SAW bersabda:

"Taqwa itu di sini (sambil menunjuk ke dada baginda tiga kali)."
(Riwayat Muslim)

Ini menunjukkan bahawa taqwa adalah amalan hati, bukan hanya sekadar perbuatan zahir.

Ciri-ciri orang yang bertaqwa:

Sentiasa ingat kepada Allah (zikir dan muraqabah)

Takut melakukan dosa walaupun kecil

Ikhlas dalam ibadah

Menjaga solat dan amal soleh

Bersifat sabar, jujur, dan rendah diri

Menjauhi perkara syubhah dan haram

Kelebihan orang bertaqwa:

Dikasihi oleh Allah

Dimudahkan urusan dan diberi jalan keluar (Surah At-Talaq: 2-3)

Diberi petunjuk

Dimasukkan ke dalam syurga

Berikut ialah ayat-ayat al-Quran berkaitan taqwa, berserta maksud dan mesej utama dari ayat tersebut:

1. Surah Al-Baqarah, ayat 2

> ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ
Maksud:
"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada sebarang syak padanya; menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa."

📌 Mesej:
Hanya orang bertaqwa mendapat manfaat sebenar daripada al-Quran.
---

2. Surah Al-Baqarah, ayat 197

> وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَىٰۚ
Maksud:
"Berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa."

📌 Mesej:
Taqwa adalah bekalan utama dalam perjalanan hidup menuju akhirat.

---

3. Surah Al-Imran, ayat 102

> يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
Maksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya..."

📌 Mesej:
Kita dituntut untuk bertaqwa sepenuhnya, bukan sekadar di bibir atau perbuatan luaran.

---

4. Surah At-Talaq, ayat 2–3

> وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا ٣ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ
Maksud:
"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."

📌 Mesej:
Taqwa membuka pintu pertolongan dan rezeki dari Allah.

---

5. Surah Al-Hujurat, ayat 13

> إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡ
Maksud:
"Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu."

📌 Mesej:
Kemuliaan di sisi Allah bukan berdasarkan bangsa, pangkat atau harta — tetapi taqwa.

---

Baik, berikut ialah doa-doa untuk memohon taqwa, dan cara praktikal untuk meningkatkan taqwa dalam kehidupan seharian:

---

🌿 DOA-DOA MEMOHON TAQWA

1. Doa Nabi Muhammad s.a.w (Riwayat Muslim)

> اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا
Maksud:
"Ya Allah, kurniakanlah kepada jiwaku taqwanya, dan sucikanlah ia. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik yang menyucikannya. Engkau adalah pelindung dan tuannya."

✅ Boleh dibaca setiap hari, terutama selepas solat.

---

2. Doa dari Surah Ali Imran, ayat 8

> رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ
Maksud:
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Pemberi."

---

🌱 CARA PRAKTIKAL MENINGKATKAN TAQWA

1. Kuatkan Hubungan dengan Al-Quran

Baca al-Quran setiap hari, walaupun sedikit.

Fahami maksudnya dan amalkan isi kandungannya.

2. Solat dengan Khusyuk

Solat pada waktunya adalah tiang taqwa.

Fokus dalam solat, faham bacaan.

3. Jauhi Dosa dan Maksiat, Walaupun Kecil

Taqwa bermula dengan menghindari dosa kecil kerana dosa kecil yang berulang akan jadi besar.

4. Selalu Muhasabah Diri

Tanya diri setiap malam: “Adakah hari ini aku lebih dekat kepada Allah berbanding semalam?”

5. Pilih Kawan yang Soleh

Kawan yang baik bantu kita kekal dalam suasana iman dan nasihat yang membina.

6. Banyakkan Zikir dan Istighfar

Zikir menjaga hati daripada lalai.

Istighfar menyucikan hati dari dosa yang menghalang taqwa.

7. Takutkan Allah dalam Sunyi dan Terang

Orang bertaqwa tetap jujur dan patuh walaupun tiada orang melihat, kerana dia tahu Allah Maha Melihat.

#taqwa

Sesungguhnta doa yang tidak tertolak adalah doa antara azan dan iqamah, maka berdoalah kala itu


Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnta doa yang tidak tertolak adalah doa antara azan dan iqamah, maka berdoalah kala itu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad, 3:155)

#doa #Sunnah #Hadis #MusnadAhmad #MusnadAhmad155

Akhlak: Manners and Characters


Akhlak: Manners and Characters

Prophet Mohammad s.a.w said"
"The best among you are those who have the best manners and characters."

(Hadith, Sahih Bukhari)

#akhlak #adab #Sunnah #Hadith #SahihBukhari

Thursday, July 24, 2025

Doa Nabi s.a.w Agar Dijauhi Dari Kefakiran dan Kekurangan


Doa Nabi s.a.w Agar Dijauhi Dari Kefakiran dan Kekurangan 🤲

#doa #Sunnah #Hadis #MusnadAhmad #MusnadAhmad8052

The Believers Are Brothers


The Believers Are Brothers

Allah Subhanahu Wa Ta'ala says:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
The believers are but brothers, so make settlement between your brothers. And fear Allah that you may receive mercy.

(Al-Quran; Surah Al-Hujuraat 49: Verse 10)

#Quran #AlQuran #surah49ayat10

Wednesday, July 23, 2025

kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)


kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قُلۡ يَتَوَفَّىٰكُم مَّلَكُ ٱلۡمَوۡتِ ٱلَّذِي وُكِّلَ بِكُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ تُرۡجَعُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)"."

(Quran, Surah As-Sajdah 32: Ayat 11)

#Quran #AlQuran #SurahAsSajdah #surah32ayat11


Mengapa Rasulullah beristighfar?



Mengapa Rasulullah beristighfar?

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #SahihMuslim

Tuesday, July 22, 2025

Kelebihan Solat Berjemaah


Kelebihan Solat Berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat.

(Sahih Bukhari & Sahih Muslim)

#Hadis #SahihBukhari #SahihMuslim #solat #solatberjemaah

Baca Al-Quran Setiap Hari


Baca Al-Quran Setiap Hari

Dekatkan hubungan dengan Al-Quran, jangan
terputus walaupun sedikit. Semoga hidup kita
sentiasa diberkati oleh-Nya.

#iqraAlQuran #bacaQuran #bacaAlQuran #readQuran

Monday, July 21, 2025

SAYYIDUL ISYIGHFAR (Chief of Istighfar/Penghulu Istighfar)

SAYYIDUL ISYIGHFAR (Chief of Istighfar/Penghulu Istighfar)

Sayyidul Istighfar, known as the "Chief of Supplications for Forgiveness," is a highly revered dua (supplication) in Islam, taught by the Prophet Muhammad (ﷺ) as the most superior way to seek Allah’s forgiveness. Below is the du'a, its transliteration, translation, and key benefits based on authentic sources.

Arabic Text
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَىٰ عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ 
عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Transliteration:
Allahumma anta Rabbi, la ilaha illa anta, khalaqtani wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastata’tu, a’udhu bika min sharri ma sana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidhanbi, faghfir li, fa innahu la yaghfirudh-dhunuba illa anta.
Translation

Meaning:
O Allah, You are my Lord, there is no deity except You. You created me, and I am Your servant, and I abide by my promise to You and Your promise to me as much as I am able. I seek refuge with You from the evil of what I have done. I acknowledge Your favors upon me, and I acknowledge my sins, so forgive me, for none forgives sins except You.

Significance and Benefits:
Most Superior Istighfar: The Prophet (ﷺ) described Sayyidul Istighfar as the best way to seek forgiveness, as it encompasses acknowledging Allah’s oneness, servitude, gratitude for His blessings, and sincere repentance.

Guarantee of Paradise: According to a hadith in Sahih al-Bukhari, if someone recites this dua with firm faith in the morning and dies before evening, or in the evening and dies before morning, they will be among the people of Paradise.
Erasure of Sins: It seeks forgiveness for both major and minor sins, provided it is recited with sincerity and a commitment to avoid repeating the sins.

Spiritual Benefits: Regular recitation cleanses the heart, fosters humility, strengthens one’s connection with Allah, and brings inner peace.
Additional Blessings: It is believed to open doors to sustenance, protect from calamities, and attract Allah’s mercy and blessings.

Recommended Practice:
When to Recite: Ideally recite once in the morning and once in the evening, as part of daily dhikr, with full conviction and sincerity.

Sincerity: The dua should be recited with a repentant heart, acknowledging one’s shortcomings and Allah’s mercy.

Language: It can be recited in Arabic for maximum reward, but reciting in one’s native language (e.g., English) is permissible if done sincerely.

Source Context:
This dua is narrated by Shaddad bin Aws in Sahih al-Bukhari (6306, 6323) and other authentic collections, emphasizing its authenticity and importance.

Incorporate Sayyidul Istighfar into your daily routine to seek forgiveness, purify your heart, and draw closer to Allah.

Saturday, July 19, 2025

Doa Selepas Solat Dunat Dhuha menurut Sunnah


DOA SETELAH SOLAT SUNAT DHUHA

Doa selepas solat sunat Dhuha menurut Sunnah.

Inilah lafaz doa yang telah diajarkan oleh Nabi ﷺ.

Dari ‘Aisyah رضي الله عنه, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ selesai solat Dhuha, beliau mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

“ALLAHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR RAHIM
(ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai beliau membacanya seratus kali.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini sanadnya sahih)

Amalkan doa ini selepas solat sunat Dhuha.🤲🏻

#doa #solatdhuha #solatduha #solatsunatdhuha #solatsunatduha #istighfar #istighfardantaubat #Sunnah #Hadis #SahihBukhari #SahihBukhari619

Thursday, July 17, 2025

Bertaqwa dan Berakhlak Mulia Di Mana Pun


Bertaqwa dan Berakhlak Mulia Di Mana Pun

#taqwa #akhlak #adab #Sunnah #Hadis #MusnadAhmad153 #SunanTirmizi1987

Friday, July 11, 2025

Doa Dari Al-Quran Memohon Keteguhan Atas Kebenaran dan Menjauhi Kesesatan


Doa Dari Al-Quran Memohon Keteguhan Atas Kebenaran dan Menjauhi Kesesatan 🤲

#doa #Quran #AlQuran #surah3 #surah3ayat8

Thursday, July 10, 2025

Kelebihan Solat Sunat Sebelum Solat Subuh


Kelebihan Solat Sunat Sebelum Solat Subuh

Daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

[Hadis riwayat Imam Muslim (725)]

#Sunnah #Hadis #SahihMuslim #SahihMuslim725 #solat #solatsunat

Tuesday, July 08, 2025

Pasrah, Sabar, Berdoa dan Berusaha


Pasrah, Sabar, Berdoa dan Berusaha

Kebaikan

Kebaikan

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Jika kamu ingin supaya manusia melakukan sesuatu (kebaikan) kepadamu, maka lakukanlah kebaikan itu terlebih dahulu kepada mereka.
Sebaliknya jika kamu benci orang lain melakukan keburukan itu kepadamu, maka kamu hendaklah terlebih dahulu tidak melakukan keburukan itu kepada mereka."

(Hadis riwayat Imam Ahmad, 25901)
Status: Hadis Sahih.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

#Sunnah #Hadis #MusnadAhmad #MusnadAhmad25901 #akhlak #adab #kebaikan

Doa memohon perlindungan dari 4 perkara merbahaya


Doa memohon perlindungan dari 4 perkara merbahaya 🤲

#doa #Sunnah #Hadis #SahihMuslim #SahihMuslim2722

Monday, July 07, 2025

Beautiful Du'a from Sunnah


Beautiful Du'a from Sunnah 🤲

Doa indah dari Sunnah

#dua #doa #Sunnah #Hadith #SunanAbuDaud #SunanNasai

Doa 5 Perkara Paling Penting Dalam Kehidupan


Doa 5 Perkara Paling Penting Dalam Kehidupan 🤲

#doa #Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud #SunanTirmizi

Bergembira Atas Kegembiraan Orang Lain

Bergembira Atas Kegembiraan Orang Lain

Daripada Anas RA, dari Nabi s.a.w , sabdanya:    
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

(Hadis riwayat Imam Bukhari, no: 12) 
Status: Hadis Sahih

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

#Sunnah #Hadis #SahihBukhari #SahihBukhari12 #akhlak #adab

Sunday, July 06, 2025

Istighfar dan Taubat

Istighfar dan Taubat

Banyak ibadah wajib dan sunat yang Nabi s.a.w ajarkan kita supaya beristighfar selepas melakukannya seperti istighfar 3 kali selepas salam solat fardhu, istighfar dan taubat selepas solat dhuha, istighfar di malam al-qadar (lailatul qadr), istighfar selepas suatu majlis yang dipanggil tasbih kifarah, dll.

Kalimah istighfar datang dalam beberapa bentuk (versi) yang semuanya mengandungi permohonan ampun atas kesilapan dan dosa. Istighfar tidak terhad kepada ucapan:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Istighfar diutamakan oleh Rasulullah s.a.w.  Selepas melakukan amal baik pun Nabi s.a.w minta kita beristighfar apatah lagi selepas melakukan maksiat.

Maka setiasalah beristighfar dan bertaubat.

Saturday, July 05, 2025

Perbanyak Doa dan Istighfar di Waktu Sahur (Waktu Sebelum Fajar)


Perbanyak Doa dan Istighfar di Waktu Sahur (Waktu Sebelum Fajar)

#doa #istighfar #waktusahur #Sunnah #Hadis #SahihBukhari #SahihBukhari1145 #SahihMuslim #SahihMuslim758 #mustafaqalaih

Friday, July 04, 2025

Hari Asyura

Hari Asyura

Asyura (عاشوراء) berasal daripada perkataan Arab "‘Āshūrā’", yang bermaksud hari ke-10, khususnya merujuk kepada hari ke-10 dalam bulan Muharam, bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah).

Nabi Muhammad s.a.w berpuasa pada hari ini dan menganjurkan umat Islam untuk berpuasa sebagai tanda syukur.

Disunatkan juga berpuasa pada 9 dan 10 Muharam (Tasu'a dan Asyura) atau 10 dan 11 Muharam, untuk membezakan dengan puasa orang Yahudi.

Hadis sahih:
"Puasa hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya."
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Amalan Sunnah Hari Asyura:

Berpuasa (10 Muharam) dan sebaiknya ditambah sehari sebelum atau selepas.

Bersedekah dan berbuat baik kepada keluarga dan fakir miskin.

Memperbanyak doa dan zikir.

#Muharram #10Muharram #HariAsyura

Bulan Muharram: Hari 'Asyura dan Hari Tasu'a


Bulan Muharram: Hari 'Asyura dan Hari Tasu'a

#Muharram #10Muharram #HariAsyura

Perbanyakkan istighfar di waktu Sahur


Perbanyakkan istighfar di waktu Sahur

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ 

#istighfar #Quran #SurahAliImran #Surah3ayat17

Thursday, July 03, 2025

Rukun wuduk mempunyai enam perkara...


Rukun wuduk mempunyai enam perkara:

1. Niat (Niat di dalam hati ketika mula membasuh muka)

2. Membasuh muka (Basuh seluruh muka dari tempat tumbuh rambut sehingga bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke kiri)

3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku

4. Menyapu sebahagian kepala

5. membasuh kedua belah kaki hingga buku lali

6. Tertib (Membasuh anggota-anggota tadi mengikut urutan rukun yang dinyatakan)

Tidak SAH wuduk jika sekiranya tertinggal salah satu rukun atau anggota wajib wuduk.

Sumber: JAKIM, Malaysia

#wuduk

Apakah Sunnah?


Apakah Sunnah? 

Sunnah merujuk kepada amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah baginda diangkat menjadi Rasul. Ini termasuk perbuatan, akhlak, dan sifat-sifat beliau, yang dianggap sebagai contoh teladan bagi umat Islam. 

Terdapat tiga jenis Sunnah : 
1. Sunnah Qauliyyah
2. Sunnah Fi’liyyah
3. Sunnah Taqririyyah

Jom kita amalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita.

#Sunnah

SubhanAllahi wabihamdih


SubhanAllahi wabihamdih 💙

#Sunnah #Hadis #SahihMuslim #SahihMuslim2692 #SubhanAllah #Alhamdulillah #SubhanAllahiwabihamdih

Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Fardhu Subuh


Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Fardhu Subuh

Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dua rakaat sunat fajar (solat sunat qobliyah subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya)." 

(Hadis riwayat Imam Muslim)

#Sunnah #Hadis #Hadith #SahihMuslim #solat #solatsunat #solatsunatqobliyahsubuh

Doa Berlindung Dari 4 Perkara


Doa Berlindung Dari 4 Perkara 🤲

#doa #berdoa

Wednesday, July 02, 2025

Doa Memohon Pertolongan dan Perlindungan Dari Allah


Doa Memohon Pertolongan dan Perlindungan Dari Allah 🤲

#doa #Quran #AlQuran #surah3ayat173

Amalan Yang Sedikit Tapi Berterusan

Amalan Yang Sedikit Tapi Berterusan

Daripada Aisyah r.a dia berkata, Rasulullah s.a.wbersabda: 
"Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan  walaupun jumlahnya sedikit."

(Hadis riwayat Imam Bukhari No. 6465)
Status: Hadis Sahih

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Tuesday, July 01, 2025

Kaadaan di Syurga


Kaadaan di Syurga 💙

#Hadis #Sunnah #SahihMuslim #syurga #jannah

Baca Al-Quran Setiap Hari


Baca Al-Quran Setiap Hari

Dekatkan hubungan dengan Al-Quran, jangan
terputus walaupun sedikit. Semoga hidup kita
sentiasa diberkati oleh-Nya.

#iqraAlQuran #bacaQuran #bacaAlQuran #readQuran

Monday, June 30, 2025

Doa Memohon Khabar Gembira Dari Allah


Doa Memohon Khabar Gembira Dari Allah 🤲

#doa #khabarhembira

Sedekah/Wakaf - Infak Kerana Allah: Surau Al-Syukuriah, Kajang, Selangor, Malaysia


Sedekah/Wakaf 💙 Infak Kerana Allah

Surau Al-Syukuriah, Kajang, Selangor, Malaysia

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”

(Al-Quran; Surah al-Hadid 57: Ayat 18)

#sedekah #wakaf #infak #surah57ayat18

Doa Taubat ~ Rasulullah s.a.w pernah didengar mengucapkan istighfar ini 100 kali dalam satu majlis


Doa Taubat ~ Rasulullah s.a.w pernah didengar mengucapkan istighfar ini 100 kali dalam satu majlis

Kita umat Baginda perlu mengikuti contoh ini.

#istighfar #taubat #doataubat #Sunnah #Hadis #Hadith #SunanTirmizi

Saturday, June 28, 2025

Kelebihan Bulan Muharram


Kelebihan Bulan Muharram

Allah SWT telah mengangkat Muharam sebagai salah satu daripada empat bulan haram, bulan yang penuh kemuliaan dan larangan daripada melakukan kezaliman.

Ayuh, mulakan tahun hijrah ini dengan keinsafan, perubahan dan keazaman baharu.

#Muharram #Quran #AlQuran #surah9ayat36

RAUDHAH: TAMAN SYURGA


RAUDHAH: TAMAN SYURGA

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَا بَيْنَ بَيْتِيْ وَمِنْبَرِيْ رَوْضَةٌ مِنْ رِياَضِ الْجَنَّة

Mafhumnya: “Di antara kuburku dan mimbarku ada salah satu taman dari taman-taman syurga.”

Hadis Riwayat al-Bukhari (6588) dan Muslim (1391)

#raudhah #raudhahmadinah #tamansyurga #mustajabdoa #MasjidilNabawi #Madinah

Friday, June 27, 2025

Du'a for Beneficial Knowledge, Goodly Provision (Rizq), Accepted Deeds


Du'a for Beneficial Knowledge, Goodly Provision (Rizq), Accepted Deeds 🤲

#dua #doa #Sunnah #Hadith #SunanIbnMajah925

Doa | Aamiin


Doa 🤲

Ya Allah,
Perbaiki hidupku,
ibadahku, rezekiku,
akhlakku, dan juga
hatiku.

Aamiin

Wednesday, June 25, 2025

Al-Quran; Surah Ar-Ra'd 13: Ayat 11


Al-Quran; Surah Ar-Ra'd 13: Ayat 11

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
(Al-Quran; Surah Ar-Ra'd 13: Ayat 11)

#AlQuran #Quran #surah13ayat11

Tuesday, June 24, 2025

Kelebihan Mekah | Makkah Al-Mukarramah


Kelebihan Mekah | Makkah Al-Mukarramah 🕋

Tanah suci Mekah, bumi penuh keberkatan.
Di sinilah lahirnya insan mulia, Rasulullah s.a.w.
Setiap amal soleh, setiap zikir, selawat, doa dan ibadah di kota ini digandakan pahalanya.

Di sinilah limpahan rahmat Allah tidak pernah putus, tempat paling aman, mustajab dan mulia.

Semoga kita semua dijemput menjadi tetamu-Nya, di bumi penuh rahmat ini. Aamiin.

#Mekah #Makkah #MakkahAlMukarramah

Syafaat Al-Quran di Hari Kiamat


Syafaat Al-Quran di Hari Kiamat

Bersahabat baiklah dengan Al-Quran, kerana Al-Quran adalah “Mukjizat Agung’ kepada kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w.  Kandungan yang sesuai sepanjang zaman serta dijanjikan oleh Allah SWT dipelihara sehiagga hari kiamat. 
Justeru itu, kita sangat beruntung apabila dapat bersahabat baik dengan Al Quran. 

Untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karib, hendaklah kita memposisikan dan memperlakukannya seperti kita memperlakukan sahabat lain bahkan lebih-lebih lagi kerana al-Quran itu merupakan utusan dari Allah. 

Caranya adalah dengan mendengar nasihatnya, mengikuti petuanya dan ingin selalu dekat di sisinya selalu membaca, menjadikannya petunjuk, memahaminya dan mengamalkannya. Dengan itu kita akan memperoleh kebahagiaan hakiki baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w menjanjikan, bahawa setiap orang beriman yang bersahabat akrab dengan Al Quran, dijamin akan mendapat syafa’at dari Al-Qur’an sebagaimana hadis berikut:

“Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat menjadi pemberi syafa’at bagi orang-orang yang bersahabat dengannya”. 
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, sebagaimana dituturkan oleh Abu Hurairah r.a, 
“Tidaklah suatu kaum berkumpul di suatu rumah Allah, membaca kitab Allah dan mempelajarinya, melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan; mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh malaikat dan akan disebut-sebut Allah di hadapan orang-orang yang ada di sisi-Nya (para malaikat).” 
(Hadis riwayat Imam Muslim)