Sunday, September 29, 2024

Ya Rabb, berilah hamba kelapangan dan keberkahan dalam segala hal


Ya Rabb, berilah hamba kelapangan dan keberkahan dalam segala hal.

Aamiin 🤲

Doa Agar Diampuni Seluruh Dosa


Doa Agar Diampuni Seluruh Dosa

#Sunnah #Hadis #SahihMuslim #doa

Istighfar


Istighfar (seeking forgiveness) is not just with tongue, it must be accompanied by the heart with belief and righteous actions 🩵

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #tawbah #ikhlas #Islam #Muslim #Islamic #Islamik

Contohi Rasulullah s.a.w Dalam Berakhlak

Contohi Rasulullah s.a.w Dalam Berakhlak

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا 

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian." 
(Hadis riwayat Tirmizi, No: 1898)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah s.a.w di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia

Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s a.w bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” 
(HR Ahmad No:8952) Status: Hadis sahih 

2.  Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya.

3.  Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah s.a.w.

4.  Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk lain.