Wednesday, August 28, 2024

Sayyidul Istighfar


Sayyidul Istighfar

Jom mulai hari ini, kita amalkan untuk membaca Sayyidul Istighfar pada setiap pagi dan petang/malam sekurang-kurangnya sekali kerana doa ini mempunya kelebihan yang sangat besar.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Aamiin.

Memperbanyakkan Istighfar


Memperbanyakkan Istighfar

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah SWT akan menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar, dan pada setiap duka cita ada perlepasan, dan Allah SWT merezekikannya daripada arah yang tak disangka-sangka.”

[Hadis riwayat Imam Abu Daud (1518) dan Imam Ibn Majah (3819)]

Istighfar


ISTIGHFAR

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud #SunanIbnuMajah #MusnadAhmad

Hukum Taubat

Hukum Taubat

Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab Riyadh al-Salihin: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah SWT - yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia - maka syaratnya ada tiga:

1. Menjauhi dan meninggalkan maksiat
2. Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut.
3. Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.

Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):

Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya (kepada orang yang diambil hartanya). Jika dalam bentuk tuduhan palsu atau seumpamanya, maka hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf kepadanya. Jika ia berbentuk ghibah, maka harus minta dihalalkan. (Lihat Riyadh al-Salihin, hlm. 41-42)