Pls follow my TikTok
TT @a_sanusi_h
▼
Tuesday, August 13, 2024
Doa Agar Dimudahkan Membayar Hutang dan Dicukupkan dengan Rezeki
Doa Agar Dimudahkan Membayar Hutang dan Dicukupkan dengan Rezeki yang Halal
Dari ‘Ali, ada seorang budak mukatab (yang berjanji pada tuannya ingin memerdekakan diri dengan dengan syarat melunaskan pembayaran tertentu) yang mendatanginya, ia berkata,
“Aku tidak mampu melunaskan ia (hutang) untuk memerdekakan diriku.” Ali pun berkata, “Mahukah aku beritahu padamu beberapa ayat yang Rasulullah s.a.w telah mengajarkan padaku iaitu seandainya engkau memiliki hutang setinggi gunung, maka Allah SWT akan memudahkanmu untuk melunaskannya.
Ucapkanlah doa :
"اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِك ، وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ "
Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaanMu dari bergantung pada selainMu
(Hadis riwayat Tirmizi no. 3563, hasan menurut At Tirmizi, begitu pula hasan kata Syaikh Al Albani)
#doa #berdoa #Sunnah #Hadis #SunanTirmizi
Solat Isyak dan Subuh Berjemaah
Solat Isyak dan Subuh Berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam. Dan barangsiapa yg melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat semalam suntuk.”
(Hadis riwayat Muslim dari Usman bin Affan)