Thursday, August 08, 2024

Hanya dengan berzikir hati menjadi tenteram


Hanya dengan berzikir hati menjadi tenteram

#zikr #zikir #zikrullah #istighfar

Kebaikan dan Dosa

Kebaikan dan Dosa

Daripada An-Nawwas bin Sim'an r.a, Nabi s.a.w bersabda: 
"Kebaikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya."
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Taubat Nasuha - Kembali Kepada Allah


Taubat Nasuha - Kembali Kepada Allah

Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat merupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.

Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia. Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga, kerabat, sahabat, orang lain bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat. Seperti diterangkan dalam surat Al Baqarah: 160 "Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya kerana sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sebagaimana firman-Nya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

Jika kesalahan dilakukan kepada manusia, selain bertaubat, tunaikan tanggungjawab serta memohon kemaafan dari mereka.

Allah Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

#istighfar #taubat #taubatnasuha #tsubatannasuha

Sayyidul Istighfar | The Best Du'a for Allah's Forgiveness


Sayyidul Istighfar | The Best Du'a for Allah's Forgiveness

#istighfar #sayyidulistighfar #Sunnah #Hadith #hadithsahih #SahihBukhari

Tiap-tiap Amal Harus Disertai Dengan Niat

Tiap-tiap Amal Harus Disertai Dengan Niat

Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: 
"Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".

[Hadis; Sahih Bukhari (Koleksi 1-No.1)]

Rukun Islam

Rukun Islam

Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Dasar (pokok-pokok) Islam itu ada lima perkara: 
(1) Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan mengakui bahawa Muhammad itu Rasullullah. 
(2) Menegakkan solat 
(3) Membayar zakat 
(4) Menunaikan ibadah haji, dan 
(5) Puasa bulan Ramadhan."

[Hadis, Sahih Bukhari (Koleksi 1-No.6)]