Monday, June 17, 2024

Pembahagian Daging Korban


Pembahagian Daging Korban

Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.

Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM

Waktu Sembelih Binatang Korban Hari Raya Aidiladha


Waktu Sembelih Binatang Korban Hari Raya Aidiladha

1. Bermula selepas timbulnya matahari pada 10 Zulhijjah. Kadar timbul matahari boleh dikira selepas selesainya solat sunat hari raya Aidiladha dan dua khutbah yang tidak terlalu panjang.

2. Jika sembelihan dibuat sebelum waktu ini, ia tidak dikira sebagai korban dan hanya dikira sebagai sedekah sahaja (sembelihan untuk mendapat daging semata-mata).

3. Waktu sembelihan korban adalah selama 4 hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari tasyrik berakhir setelah terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika dilakukan selepas itu, ianya tidak dikira sebagai korban dan dikira hanya untuk mendapatkan daging semata-mata.

4. Sekiranya seseorang bernazar untuk melakukan korban dan tidak sempat melakukannya dalam hari-hari tasyrik, maka dia wajib melakukan korban tersebut walaupun tempohnya sudah tamat. Korban tersebut dikira sebagai qada dan qada tidak gugur dengan berlalunya waktu.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Pembahagian Daging Qurban (Korban)


Pembahagian Daging Qurban (Korban)

Dikemukakan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada tahun 2017 berkaitan Pembahagian Daging Qurban sebagai panduan bagi sesiapa yang terlibat.

Untuk sebarang info lanjut sahabat PMNS boleh lah melayari pautan berikut: https://mufti.sabah.gov.my/images/laman-utama/penerbitan/fail-pdf/Garis_Panduan_Pelaksanaan_Ibadah_Qurban_di_Negeri_Sabah.pdf. untuk mendapatkan pemahaman secara terperinci berkaitan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban di negeri Sabah.

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud

Abu Muslim berkata kepada Abu Zarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Zarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.” 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)