Monday, May 13, 2024

Quran; Surah An-Nahl (16): Ayat 97



Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

مَنۡ عَمِلَ صَٰلِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٞ فَلَنُحۡيِيَنَّهُۥ حَيَٰوةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

(Quran, Surah An-Nahl 16: Ayat 97)

Selawat

Selawat ke atas Rasulullah s.a.w merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi s.a.w sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda s.a.w:

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah s.w.t akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
[Hadis riwayat Muslim (384)]

Jom kita berselawat keatas Rasulullah s.a.w. Azam dan istiqamah selawat 1,000 kali atau lebih dalam sehari, setiap hari.