Monday, September 30, 2024

Perbanyakkan Istighfar


Banyakkan Istighfar

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.”
[Riwayat al-Bukhari (6307)]

#istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #Hadith #Hadissahih #SahihBukhari

Sunday, September 29, 2024

Ya Rabb, berilah hamba kelapangan dan keberkahan dalam segala hal


Ya Rabb, berilah hamba kelapangan dan keberkahan dalam segala hal.

Aamiin 🤲

Doa Agar Diampuni Seluruh Dosa


Doa Agar Diampuni Seluruh Dosa

#Sunnah #Hadis #SahihMuslim #doa

Istighfar


Istighfar (seeking forgiveness) is not just with tongue, it must be accompanied by the heart with belief and righteous actions 🩵

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #tawbah #ikhlas #Islam #Muslim #Islamic #Islamik

Contohi Rasulullah s.a.w Dalam Berakhlak

Contohi Rasulullah s.a.w Dalam Berakhlak

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا 

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian." 
(Hadis riwayat Tirmizi, No: 1898)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah s.a.w di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia

Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s a.w bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” 
(HR Ahmad No:8952) Status: Hadis sahih 

2.  Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya.

3.  Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah s.a.w.

4.  Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk lain.

Saturday, September 28, 2024

Akhlak and adab in Islam


Akhlak and adab in Islam

#Sunnah #Hadith #Hadis #SahihBukhari #salam #Assalamualaikum

Learn the days of the week in Arabic


Learn the days of the week in Arabic

Pada Diri Rasulullah Itu Contoh Ikutan Yang Baik


Pada Diri Rasulullah Itu Contoh Ikutan Yang Baik

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

(Quran, Surah Al-Ahzab 33: Ayat 21)

#Rasulullah_saw #sirah #Sunnah #Quran #SurahAlAhzab #Surah33 #surah33ayat21

Friday, September 27, 2024

Keutamaan Selawat

Keutamaan Selawat

Daripada Buraid bin Abu Maryam dia berkata; telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan mengucapkan selawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan darinya sepuluh kesalahan, dan diangkat sepuluh darjat untuknya."

(Hadis riwayat Imam Nasa'i No:1280) 
Status: Hadis Sahih

#Sunnah #Hadis #SunanNasai #selawat

Thursday, September 26, 2024

Du'a for Financial Freedom and Paying Off Debt


Du'a for Financial Freedom and Paying Off Debt

#dua #doa #Sunnah #Hadith #SahihMuslim

Keutamaan Solat Sunat Qobliyah Subuh


Keutamaan Solat Sunat Qobliyah Subuh

Lebih baik daripada dunia dan seisinya

#Sunnah #Hadis #SahihMuslim #solat #solatsunatqobliyahsubuh

Dua kebimbangan orang yang beriman


Dua kebimbangan orang yang beriman:
1. Adakah dosa lalu sudah diampunkan Allah
2. Apakah amal kebaikan diterima Allah

#iman #beriman

Wednesday, September 25, 2024

Siapa Saja Yang Patuh Kepada Allah, Bererti Mereka Telah Memilih Agama Yang Benar


Siapa Saja Yang Patuh Kepada Allah, Bererti Mereka Telah Memilih Agama Yang Benar

وَأَنَّا مِنَّا ٱلۡمُسۡلِمُونَ وَمِنَّا ٱلۡقَٰسِطُونَ ۖ فَمَنۡ أَسۡلَمَ فَأُوْلَٰٓئِكَ تَحَرَّوۡاْ رَشَدًا

Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

(Quran, Surah Al-Jinn 72: Ayat 14)

#Quran #SurahJinn #Surah72 #surah72ayat14

Sunnah Menunaikan Dua Rakaat Solat Sunat Taubat


Sunnah Menunaikan Dua Rakaat Solat Sunat Taubat

#solat #solatsunattaubat #istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #Hadissahih #SunanAbuDaud

Husnul Khatimah


Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tuntunlah orang yang menjelang mati dengan ucapan Laailaaha illallah (maksudnya, agar dia mahu ikut mengucapkannya)."
(Sahih Muslim)

#Sunnah #Hadis #Hadissahih #SahihMuslim #mengucap #syahadah #tahlil #husnulkhatimah

Tuesday, September 24, 2024

Niat Solat Sunat Taubat


Niat Solat Sunat Taubat

#niat #solat #taubat #niatsolattaubat

Allah sangat suka pada hamba-Nya yang bertaubat


Allah sangat suka pada hamba-Nya yang bertaubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #Hadissahih #SahihBukhari #SahihMuslim

Monday, September 23, 2024

Zikir Agar Dicukupkan Keperluan Dunia dan Akhirat


ZIKIR AGAR DICUKUPKAN KEPERLUAN DUNIA & AKHIRAT

Allah SWT berfirman didalam Surah At Taubah ayat 129,

حَسْبِيَ الله لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرشِ الْعَظِيمِ

".. Hasbiyallahu la ilaha illa huwa alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-arsyil-azhim."

".. Cukuplah hanya Allah sebagai Tuhanku, tidak ada tuhan melainkan Dia, kepada-Nya lah aku bertawakal, dan Dia-lah Tuhan pemiliki Arsy yang agung.”

Dari Abu Darda radhiyallahu anhu, Rasulullah s.a.w mengatakan, “Dibaca (zikir ini) sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupkan segala keperluannya.”
[Hadis riwayat Imam Abu Daud (5081)]

Sunday, September 22, 2024

Balasan Untuk Orang-Orang Bertaqwa


Balasan Untuk Orang-Orang Bertaqwa

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي ظِلَٰلٍ وَعُيُونٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -

(Al-Quran, Surah Al-Mursalat 77: Ayat 41)

#AlQuran #Quran #SurahAlMursalat #Surah77 #surah77ayat41 #taqwa #muttaqin #orangbertaqwa #jannah #syurga

Istighfar


Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #tawbah

Saturday, September 21, 2024

Kelebihan Solat Berjemaah


Kelebihan Solat Berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat.

(Sahih Bukhari & Sahih Muslim)

#Hadis #SahihBukhari #SahihMuslim #solat #solatberjemaah

Gugur dosa-dosa walaupun sebanyak buih di lautan...


Gugur dosa-dosa walaupun sebanyak buih di lautan...🌊

#zikr #zikir #zikrullah #SubhanAllah #Alhamdulillah #Sunnah #Hadis #Hadith #SahihBukhari #SahihMuslim

Menutup Aib Orang


Menutup Aib Orang

#Sunnah #Hadis #SahihBukhari #HRBukhari #SahihMuslim #HRMuslim #akhlak #akhlaq #afab

Sedekah Subuh


Sedekah Subuh

#sedekah #derma #infaq #infak #Sunnah #Hadis #Hadith #Hadissahih #SahihBukhari

Kelebihan yang besar bagi solat ‘Isyak dan Subuh secara berjemah

Kelebihan yang besar bagi solat ‘Isyak dan Subuh secara berjemaah

#solat #solatberjemaah #solatIsyak #Solatsubuh #Sunnah #Hadis #Hadith #SahihMuslim

Thursday, September 19, 2024

Kelebihan Surah Al-Ikhlas (Surah 112, Al-Quran)





Kelebihan Surah Al-Ikhlas (Surah 112, Al-Quran)

1) Membaca sekali sama seperti membaca sepertiga Al-Quran (HR Bukhari & Muslim),
2) Membaca 10 kali, Allah SWT akan membina sebuah mahligai untuknya di syurga (HR Ahmad),
3) Surah Al-Ikhlas adalah penawar segala jenis penyakit (HR Ibnu Majah),
4) Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga (HR Tirmizi)

#Quran #AlQuran #SurahAlIkhlas #Surah112 #iqraAlQuran #bacaQuran #readQuran #Sunnah #Hadis #Hadith

Kelebihan Surah Al-Ikhlas (Surah 112, Al-Quran)


Kelebihan Surah Al-Ikhlas (Surah 112, Al-Quran)

1) Membaca sekali sama seperti membaca sepertiga Al-Quran,
2) Membaca 10 kali, Allah SWT akan membina sebuah mahligai untuknya di syurga.

#Quran #AlQuran #SurahAlIkhlas #Surah112 #iqraAlQuran #bacaQuran #readQuran

Wednesday, September 18, 2024

Perbanyakkan istighfar di waktu Sahur (waktu sebelum subuh/fajar)


Perbanyakkan istighfar di waktu Sahur (

 sebelum subuh/fajar)

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #Quran #SurahAliImran #Surah3

Tuesday, September 17, 2024

Rabiulawal: Bulan Berlakunya Peristiwa Hijrah Nabi s.a.w Dari Mekah Ke Madinah


Rabiulawal: Bulan Berlakunya Peristiwa Hijrah Nabi s.a.w Dari Mekah Ke Madinah

Rabiulawal mengingatkan kita kepada peristiwa agung hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah, peristiwa yang bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi titik awal kegemilangan Islam.

Hijrah menjadi simbol kebebasan beribadah dan penyebaran Islam ke seluruh dunia, memimpin umat ke arah kemerdekaan spiritual dan pengukuhan akidah.

#Rabiulawal #Hijrah #Sunnah #sirah #sirahNabi #sirahNabawi

Sunnah berdoa antara azan dan iqamah


Sunnah berdoa antara azan dan iqamah 

#Sunnah #sunat #doa #azan #iqamah #Hadis #Hadith #SunanTirmizi

Monday, September 16, 2024

Maulidur Rasul: Sifat-Sifat Rasulullah s.a.w


Maulidur Rasul: Sifat-Sifat Rasulullah s.a.w

Nabi Muhammad mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh kita jadikan contoh.
Sifat-sifat tersebut adalah:

1. SIDIQ (JUJUR)

Setiap rasul pasti jujur dalam ucapan dan perbuatannya. Apa apa yang telah disampaikan kepada manusia baik berupa wahyu atau khabar sesuai dengan apa yang telah diterima dari Allah tidak boleh dilebihkan atau dikurangkan. Dalam erti lain apa yang disampaikan kepada manusia pasti benar adanya, kerana memang bersumber dari Allah. Ucapan dan perbuatannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan atau risalah yang diterima dari Allah.

”Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah,” (al-Hasyr, 7)

2. AMANAH (DIPERCAYAI)

Amanah bererti boleh dipercayai baik zahir atau batin. Sedangkan yang dimaksudkan di sini bahawa setiap rasul adalah dapat dipercaya dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Para rasul akan terjaga secara zahir atau batin dari melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama, begitu pula hal yang melanggar etika.

“Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,” (asy-Syuara’ 143)

3. TABLIGH (MENYAMPAIKAN)

Sudah menjadi kewajipan para rasul untuk menyampaikan kepada manusia apa yang diterima dari Allah berupa wahyu yang mengandungi didalamnya hukum hukum agama. Jika Allah memerintahkan para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada manusia, maka wajib bagi manusia untuk menerima apa yang telah disampaikan dengan keyakinan yang kuat sebagai bukti atau saksi akan kebenaran wahyu itu.

Allah berfirman, “(iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.” (al-Ahzab, 39).

Hal ini dikiaskan bahawa jika Allah memberikan wahyu kepada para rasul untuk tidak disampaikan atau dirahsiakan kepada manusia, maka tidak wajib bagi manusia untuk mempelajarinya. Sedangkan menyampaikan adalah hal yang wajib dan menyembunyikan adalah hal yang terlaknat dan tercela.

4. FATHONAH (CERDAS)

Dalam menyampaikan risalah Allah, tentu memerlukan kemampuan, diplomasi, dan strategi khusus agar wahyu yang tersimpan didalamnya hukum-hukum Allah dan risalah yang disampaikan boleh diterima dengan baik oleh manusia. Kerana itu, seorang rasul wajib memiliki sifat cerdas. Kecerdasan ini sangat berfungsi terutama dalam menghadapi orang-orang yang membangkang dan menolak ajaran Islam.

Maka diharuskan bagi kita untuk meyakinkan bahawa para rasul itu adalah manusia yang paling sempurna dalam penampilan, akal, kekuatan berfikir, kecerdasan dan pembawaan wahyu yang diutus pada zamannya. Kalau saja para rasul itu tidak sesuai dengan sifat sifatnya maka mustahil manusia akan menerima dan mengakuinya. Sifat-sifat itu merupakan satu hujah bagi mereka agar apa yang disampaikan boleh diterima dengan baik.

Allah berfirman: “Dan itulah hujah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya.” (al-An’am, 83)

Mari berselawat!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Doa selepas azan


Doa selepas azan

#azan #berdoa #Sunnah

Salam Maulidur Rasul - Jom kita berselawat


Salam Maulidur Rasul

Jom kita berselawat
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Biodata Ringkas Nabi Muhammad s.a.w



Biodata Ringkas Nabi Muhammad s.a.w

#sirah #sirahNabi #Sunnah #Islam #Muslim  #Islamic #Islamik

Sunday, September 15, 2024

Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang bertaubat


Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang bertaubat

#istighfar #taubat #solattaubat

Saturday, September 14, 2024

Salawat (Selawat)


Salawat (Selawat)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Take a moment to greet the Prophet ﷺ.

What just happened? You’re closer to him than you were a moment ago. 10 of your sins have been forgiven, 10 good deeds added to your record, and you’ve risen 10 ranks in the sight of Allah.

#shalawat #salawat #selawat

Thursday, September 12, 2024

Solat Di Awal Waktu

SOLAT DI AWAL WAKTU

Di dalam sebuah hadis: Baginda Rasulullah pernah ditanya: Apakah amalan-amalan yang lebih utama? Baginda bersabda: Solat pada awal waktunya.
[Hadis riwayat Imam Abu Daud 362]

Wednesday, September 11, 2024

Doa Nabi Yunus di dalam perut ikan paus - Doa ketika dalam kesempitan dan kesusahan


Doa Nabi Yunus di dalam perut ikan paus

Doa ketika dalam kesempitan dan kesusahan.

#doa #berdoa #doaNabiYunus #doadariQuran

Monday, September 09, 2024

Istighfar


ISTIGHFAR 🩵

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #Hadissahih #MusnadAhmad

Tuesday, September 03, 2024

Sunnah berdoa ketika sujud dalam solat


Sunnah berdoa ketika sujud dalam solat

#doa #sujud #solat #Sunnah #Hadis #SahihMuslim

Perintah Mengerjakan Solat


Perintah Mengerjakan Solat

وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَٰوةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡهَا ۖ لَا نَسۡئَلُكَ رِزۡقًا ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَ ۗ وَٱلۡعَٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Al-Quran, Surah Ta-Ha 20: Ayat 132)

#solat #shalat #salah #Quran #SurahTaHa #Surah20 #surah20ayat132

Sunday, September 01, 2024

Peringatan Buat Jiwa yang Merasa Mulia


Peringatan Buat Jiwa yang Merasa Mulia

Kehidupan ini adalah sebuah ujian yang sering kali mengaburkan hakikat sebenar kebaikan dan keburukan. Dalam perjalanan kita menuju redha Allah, ada kalanya kita terperangkap dalam perasaan keangkuhan. Kita mungkin merasa diri kita lebih baik, lebih mulia, lebih taat beragama daripada orang lain. Tetapi, hakikatnya, perasaan seperti ini hanya menunjukkan kelemahan hati kita yang masih belum benar-benar memahami erti rendah hati dan tawaduk.

Adakah kita lupa bahawa hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa sebenarnya yang lebih mulia di sisi-Nya? Allah berfirman dalam Al-Quran, “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu” (Surah Al-Hujurat, 49:13). Ayat ini menjadi peringatan jelas bahawa takwa, bukanlah perasaan diri lebih baik, yang menentukan kedudukan kita di sisi Allah.

Sering kali, kejahatan bukanlah semata-mata dalam bentuk tindakan buruk seperti mencuri atau menipu. Kejahatan juga boleh datang dalam bentuk perasaan, perasaan yang membuat kita memandang rendah orang lain kerana kita merasa lebih mulia atau lebih baik daripada mereka. Ketika kita yakin bahawa kita lebih layak masuk syurga berbanding orang lain, ketika itu jugalah hati kita mula dihuni sifat takbur yang bisa merosakkan amal baik kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada seberat zarah daripada sifat takbur” (Hadis Riwayat Muslim). Betapa besarnya ancaman ini, sehingga sifat takbur yang sekecil zarah pun mampu menghalang seseorang dari syurga! Maka, apakah yang lebih layak kita lakukan selain sentiasa merendahkan diri dan beristighfar memohon keampunan?

Kita perlu selalu mengingatkan diri bahawa amalan kita yang sedikit ini, walaupun kelihatan banyak dan besar di mata kita, mungkin tiada nilainya di sisi Allah tanpa keikhlasan dan tawaduk. Bahkan, mereka yang kita pandang rendah hari ini mungkin memiliki amalan tersembunyi yang lebih besar nilainya di sisi Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dalam hati setiap insan.

Marilah kita sama-sama membetulkan niat, menjauhi sifat takbur, dan sentiasa merendahkan diri di hadapan Allah. Kita tiada hak untuk menilai siapa yang lebih baik di antara kita, kerana yang lebih penting adalah sejauh mana ketakwaan kita kepada Allah. Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat yang membinasakan dan sentiasa berada dalam rahmat serta petunjuk-Nya. 

Hanya dengan ketakwaan, kita akan memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah. Oleh itu, sentiasalah berusaha memperbaiki diri dan berdoa agar kita diberi kekuatan untuk menghindari sifat-sifat yang mendatangkan kebinasaan. Sesungguhnya, segala kebaikan datangnya dari Allah, dan segala kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri. 

Wallahu a’lam.

Perbanyakkan istighfar di waktu Sahur


Perbanyakkan istighfar di waktu Sahur

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #sayyidulistigjfar #taubat #Quran #SurahAliImran #Surah3 #surah3ayat17

Solat Tahajjud

SOLAT TAHAJJUD

Allah SWT berfirman:

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنٰى مِنْ ثُلُثَىِ الَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَنْ لَّنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْءَانِ ۚ عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَّرْضٰى ۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ ۙ وَءَاخَرُونَ يُقٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ وَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَءَاتُوا الزَّكٰوةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ

"Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (solat Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam solat). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Quran, Surah Al-Muzzammil 73: Ayat 20)

#solat #tahajjud #solatTahajjud

Allah Tidak Akan Menyeksa Mereka Sedang Mereka Beristighfar (Meminta Ampun)


Allah Tidak Akan Menyeksa Mereka Sedang Mereka Beristighfar (Meminta Ampun)

وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمۡ وَأَنتَ فِيهِمۡ ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).

(Quran, Surah Al-Anfal 8: Ayat 33)

#istighfar #taubat #Quran #SurahAlAnfal #Surah8 #surah8ayat33