Friday, July 07, 2023

Kelebihan Solat Isya' dan Subuh Berjemaah


Kelebihan Solat Isya' dan Subuh Berjemaah

Pada dasarnya, semua solat fardhu, baik solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh dianjurkan secara berjema'ah. Tentu kita telah mengetahui keutamaan berjema'ah 27 kali ganda lebih banyak dibanding solat sendiri.

Hanya saja, dari semua solat fardhu, solat Isya' dan Subuh sangat penting untuk kita perhatikan lebih kerana kedua solat ini memiliki keutamaan khusus berjemaah.

Diantara keutamaan khusus solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, iaitu membebaskan kita dari label munafik. Kerana solat tersebut sangat berat dilakukan oleh orang munafik. Nabi ﷺ bersabda;

“Sesungguhnya solat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah solat Isya' dan shalat Shubuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun mereka harus merangkak.” (Hadis riwayat Imam & Imam Bukhari Muslim)

Selain itu, melaksanakan solat Isya' dan Subuh secara berjemaah akan mendapatkan pahala yang sangat besar dari Allah. Nabi ﷺ bersabda;

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

“Barangsiapa melaksanakan solat Isya’ secara berjamaah, maka dia seperti telah melaksanakan solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa melaksanakan solat Subuh secara berjamaah, maka dia seperti telah solat seluruh malam.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Tentu diantara kita sangat sedikit yang mampu melaksanakan solat selama separuh malam, apalagi sampai semalam penuh. Oleh kerana itu, mari kita kuatkan lagi semangat untuk solat berjama'ah terutama Isya' dan Subuh untuk mendapatkan keutamaan yang agung ini.

Waktu Doa Mustajab | Penghujung Hari Jumaat Setelah Solat Asar


Waktu Doa Mustajab | Penghujung Hari Jumaat Setelah Solat Asar

30 Malaikat Catat Pahala Amalan Ini | Doa I'tidal


30 Malaikat Catat Pahala Amalan Ini | Doa I'tidal

Ada doa  yang sangat dicintai oleh malaikat dan mereka akan berebut mencatat amal orang yang membacanya. Doa tersebut dibaca saat I'tidal setelah membaca kalimat "sami’allahu liman hamidah".

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ 

"Rabbana wa laka al-hamdu Hamdan Katsīran Thayyiban Mubārakan Fīhi"

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahwasanya ada sekitar 30 malaikat yang berlomba-lomba untuk mencatat amalan orang yang membaca doa tersebut.

عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِىِّ قَالَ كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَلَمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ . قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ : رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ . فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ : مَنِ الْمُتَكَلِّمُ ؟ قَالَ : أَنَا . قَالَ : رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًايَبْتَدِرُونَهَا ، أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُُ

Rifa’ah bin Rafi’ berkata, ‘Kami pernah shalat bersama Rasulullah, saat bangun dari ruku’ ia membaca, ‘Sami’allahu liman hamidah.” 

Tiba-tiba ada seorang sahabat yang membaca, ‘Rabbana wa lalakal hamd hamdan katsiran tayyiban mubarakan fihi (wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan berkah). Setelah selesai shalat, Rasul bertanya, ‘Siapa yang mengucapkan kalimat itu?’ Sahabat itu berkata, ‘Saya Rasulullah.’ 

Kemudian Rasulullah berkata, ‘Saya melihat sekitar tiga puluhan malaikat berloma-lomba untuk siapa pertama kali yang mencatat (pahalanya),’” (Hadis riwayat Imam Bukhari).