Saturday, March 25, 2023

R-A-M-A-D-A-N


R-A-M-A-D-A-N

R - Remember
A - Allah
M - Morning
A - Afternoon
D - Day
A - And
N - Night

Amalan Terbaik


Amalan Terbaik

Manusia secara fitrahnya sukakan kebaikan dan menjadi orang yang baik. Namun, tahukah kita apakah amalan yang terbaik dalam Islam? Sebenarnya, ada dua amalan yang paling dianjurkan seperti yang dianjurkan Rasulullah di dalam hadis baginda.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As RA, bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?”

Baginda bersabda, “Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenali”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam melakukan amalan-amalan kebaikan.

Sabar


Sabar

Orang yang bersabar pasti akan meraih keberuntungan, meskipun itu diperolehi setelah waktu yang lama.

Doa Agar Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan Diterima


Doa Agar Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan Diterima 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: "𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐌𝐮 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭, 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚."

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa'ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602)

Doa ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah, katanya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW apabila Baginda solat Subuh, dan memberi salam, Baginda membaca: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً” (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima) Riwayat Ibn Majah (925)