Sunday, March 05, 2023

Bersyukurlah Dan Allah Akan Tambah Nikmat-Nya


Bersyukurlah Dan Allah Akan Tambah Nikmat-Nya

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ ۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Quran, Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

Taubat

Taubat

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”
(Musnad Ahmad)

Purata Umur Umat Nabi Muhammad s.a.w: 60-70 tahun

Purata Umur Umat Nabi Muhammad s.a.w: 60-70 tahun

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ
Maksudnya: "Umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu."
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 3550, Status Hadis Hasan)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞