Saturday, January 14, 2023
Zikir ini adalah tanaman di Syurga
Seek Beneficial Knowledge Only
Seek Beneficial Knowledge Only
Rasulullah s.a.w said:
"Ask Allah for beneficial knowledge and seek refuge with Allah from knowledge that is of no benefit."
[Sunan Ibn Majah (3843)]
Zikir Di Pagi Hari
Zikir Di Pagi Hari
Zikir di pagi hari, sekurang-kurang 3 kali, dan boleh sebanyak-banyaknya.
Zikir ini diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada isteri baginda iaitu Sayyidatina Juwaiyirah r.a.
Kebiasaannya, setelah selesai solat Subuh, Sayyidatina Juwairiyah akan duduk di ruang ibadahnya, memenuhi masanya dengan berzikir dan solat sehingga matahari meninggi. Pada suatu hari, Juwairiyyah meriwayatkan, “Rasulullah s.a.w datang ke rumahku ketika aku sedang solat dan berzikir di suatu pagi, waktu fajar. Kemudian Baginda pergi semula menyelesaikan urusannya. Di waktu dhuha Rasulullah s.a.w datang semula dan mendapati aku masih duduk di situ. Baginda bertanya yang bermaksud:
“Apakah kamu masih duduk mengerjakan solat dari Aku meninggalkan kamu tadi?”
Lalu aku menjawab, “Ya.”
Terus Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sungguh!, aku telah membaca empat kalimat ini sebanyak tiga kali selepas aku meninggalkan kamu. Kalau ditimbang berat zikir ini, nescaya sama beratnya dengan berat timbangan ibadah yang kamu lakukan:
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
“Subhanallahi Wa Bihamdihi, ‘Adada Khalqihi, Wa Rida Nafsihi, Wa Zinata ‘Arsyihi, Wa Midada Kalimatih.”
“Maha suci Allah. Aku memuji-Nya sebanyak bilangan makhluk-Nya, menurut keredaan-Nya, seberat timbangan ‘Arasy-Nya, dan sebanyak dakwat tulisan kalimat-Nya.””
(Hadis Riwayat Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)