Tuesday, March 30, 2021

Kehebatan sedekah...satu diganda tujuh ratus



Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَشَآءُ ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 261)

Sunday, March 28, 2021

Husnul khotimah

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam.
Akhirilah hidup kami dengan membawa iman.
Akhirilah hidup kami dengan Husnul Khotimah.

Aamiin

Saturday, March 27, 2021

Jumlah pulangan setahun (year-to-year total return) untuk 12 dana patuh Syariah terbaik PMB INVESTMENT berdasarkan jumlah pulangan setahun seperti pada 24 Mac 2021


Top 12 #danapatuhSyariah #PMBinvestment

Dana Patuh Syariah PMB INVESTMENT
(Unit amanah Islam/Islamic unit trust)
● 24 Mac 2021

✅ Jumlah pulangan setahun (year-to-year total return) untuk 12 dana patuh Syariah terbaik PMB INVESTMENT berdasarkan jumlah pulangan setahun seperti pada 24 Mac 2021 (untuk tempoh 24 Mac 2020 - 24 Mac 2021) adalah seperti berikut:
1. PMB Shariah Growth Fund : 131.97%
2. PMB Shariah TNB Employees Fund : 113.42%
3. PMB Shariah Small-Cap Fund : 91.52%
4. PMB Dana Mutiara : 77.69%
5. PMB Shariah Aggressive Fund : 76.24%
6. PMB Shariah Tactical Fund : 70.57%
7. PMB Dana Bestari : 55.77%
8. PMB Shariah Premier Fund : 50.03%
9. PMB Shariah Index Fund: 49.05%
10. PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund (USD) : 44.16%
11. PMB Shariah Mid-Cap Fund : 42.95%
12. PMB Dana Al-Aiman : 38.25%

✳ Sumber: Lipper for Investment Management

🟢 PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC), anak syarikat PELABURAN MARA BERHAD.

🟢 Penasihat Syariah untuk dana: BIMB Securities

🟢 Pemegang amanah (trustee): AmanahRaya Trustee & CIMB Islamic Trustees

✅ Jika berminat melabur dalam dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi:
wasap +60192348786
www.wasap.my/60192348786/DanaPatuhSyariahPMBinvestment
Sanusi | Group Agency Manager 
@ Alfalah Advisors Agency (AAA)
PMB INVESTMENT | Kuala Lumpur 🇲🇾
www.pmbinvestment.com.my

Patuh Syariah . Cemerlang . Barakah

✳ Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan suatu dana unit amanah

Friday, March 26, 2021

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya

Surah Al-Baqarah, ayat 286:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا  ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ  ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا  ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا  ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ  ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ  ۚ أَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِينَ
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

Wednesday, March 24, 2021

Doa mohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat


وَمِنْهُمْ مَّنْ يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الْأَاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 201)

Sunday, March 21, 2021

Saturday, March 20, 2021

Tiga amalan yang memberikan pahala berterusan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: Sedekah yang berlaku terus menerus, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia."

(Hadis Riwayat Muslim)

Monday, March 15, 2021

Friday, March 12, 2021

Peristiwa Israk & Mikraj dan perintah solat fardhu 5 kali sehari


Peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

Tuesday, March 09, 2021

7 amalan yang mengalirkan pahala berterusan



7 AMALAN YANG MENGALIRKAN PAHALA BERTERUSAN (جارية)

Dari Anas RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tujuh jenis pahala yang akan terus menerus diterima oleh seseorang itu walaupun selepas kematiannya. Tujuh amalan tersebut ialah:-

(1) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya

(2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.

(3) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.

(4) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

(5) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka ganjaran pahalanya akan tetap diterima selagi Masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.

(6) Sesiapa yang mewariskan (menulis/mewakaf) mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

(7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu. Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.

[Al-Jami’ Al-Sahih/Sahih Bukhari]

Monday, March 08, 2021

Doa untuk semua sahabat

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini, ada sahabatku ini yang sakit, sembuhkan lah dia. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang bermasaalah, berilah jalan keluar untuk dia. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang bermasam muka di antara satu sama lain, damaikan lah mereka. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang tersasar, kurniakan pertunjuk jalan kepada dia. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini lalai, kurniakanlah kesedaranMu kepada dia. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang bersedih hati, kembalikanlah kegembiraan dan keceriaan di wajahnya. آمِيّنْ

🤲🏾🕋. Ya Allah jika di saat ini ada sahabatku ini yang berada di persimpangan jalan yang berliku, berikan kekuatan dan jalan yang engkau redhai.

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Apakah maksud berkemampuan untuk menunaikan haji? 🕋


Apakah maksud berkemampuan untuk menunaikan haji? 🕋

i. Mampu mengadakan bekalan dan perbelanjaan untuk diri dan saraan nafkah mereka yang di dalam tanggungan dan yang ditinggalkan.

ii. Mampu mendapatkan kenderaan untuk pergi dan balik.

iii. Aman perjalanan bagi diri dan harta dari musuh dan wabak penyakit.

iv. Sihat tubuh badan.

v. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.

Sumber: Tabung Haji

Sunday, March 07, 2021

Prestasi dana-dana patuh Syariah yang diurus oleh PMB INVESTMENT seperti pada 3 Mac 2021 (10 yang terbaik)


Dana Patuh Syariah PMB INVESTMENT
(Unit amanah Islam/Islamic unit trust)
● 3 Mac 2021

✅ Jumlah pulangan setahun (year-to-year total return) untuk 10 dana patuh Syariah terbaik PMB INVESTMENT berdasarkan jumlah pulangan setahun seperti pada 3 Mac 2021 (untuk tempoh 3 Mac 2020 - 3 Mac 2021) adalah seperti berikut:
1. PMB Shariah Growth Fund : 87.34%
2. PMB Shariah TNB Employees Fund : 86.61%
3. PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund (USD) : 54.97%
4. PMB Shariah Small-Cap Fund : 54.22%
5. PMB Shariah Tactical Fund : 42.01%
6. PMB Dana Bestari : 41.03%
7. PMB Shariah Premier Fund : 33.50%
8. PMB Dana Mutiara : 31.61%
9. PMB Shariah Index Fund: 30.35%
10. PMB Shariah Aggressive Fund : 28.44%

✳ Sumber: Lipper for Investment Management

🟢 PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC), anak syarikat PELABURAN MARA BERHAD.

🟢 Penasihat Syariah untuk dana: BIMB Securities

🟢 Pemegang amanah (trustee): AmanahRaya Trustee & CIMB Islamic Trustees

✅ Jika berminat melabur dalam dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT, sila hubungi:
wasap +60192348786
www.wasap.my/60192348786/DanaPatuhSyariahPMBinvestment
Sanusi | Group Agency Manager
@ Alfalah Advisors Agency (AAA)
PMB INVESTMENT | Kuala Lumpur 🇲🇾
www.pmbinvestment.com.my

Patuh Syariah . Cemerlang . Barakah

✳ Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan suatu dana unit amanah.

Saturday, March 06, 2021

Wednesday, March 03, 2021

Pesanan Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a

Khalifah ar-Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a pernah meninggalkan pesan, katanya:

"Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
i. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
ii. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
iii. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.
iv. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
v. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin."

Monday, March 01, 2021

Beristiqamah dengan 3 amal soleh ini...


Beristiqamah dengan 3 amal soleh ini:
1. Berpuasa 3 hari setiap bulan (hijrah)
2. Mengerjakan solat dhuha
3. Mengerjakan solat witir sebelum tidur