Doa Aafiyah



Doa Aafiyah

Ya Allah,
Aku memohon kepada-Mu
untuk selamat daripada sebarang
kesusahan, kesedihan, bahaya
dan kesukaran ujian.

Aamiin.

SubhanAllahi wanihamdihi سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ Amalan yang besar ganjarannya.



SubhanAllahi wanihamdihi سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

Amalan yang besar ganjarannya. 

1. Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Ertinya: “Barangsiapa yang mengucapkan: SUBHANALLAHI WABIHAMDIH (Maha suci Allah dan dengan segala pujian hanya untuk-Nya) sehari 100 (seratus) kali, maka kesalahan-kesalahannya akan diampuni (Allah) walaupun sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Imam Bukhari no. 5926 dan Imam Muslim no. 2691).

2. Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ

Ertinya: “Barangsiapa yang ketika pagi dan petang membaca: SUBHANALLAHI
WABIHAMDIH (Maha suci Allah dan dengan segala pujian hanya untuk-Nya) sebanyak 100 (seratus) kali, maka pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang akan mendatangkan amalan yang lebih utama daripada apa yang dia datangkan. Kecuali orang yang juga mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.” (Hadis riwayat Imam Muslim no. 2692).