Sunday, March 29, 2020

Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk.



Baca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk sebelum tidur

Jabir bin Abdullah r.a menceritakan, “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk.”
[Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasa'i & Al-Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah]

Dua rakaat sunat fajar (solat sunat qobliyah subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini


Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dua rakaat sunat fajar (solat sunat qobliyah subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya)." 

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh)



تَتَجَافٰى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُونَ

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."

(Quran, Surah As-Sajdah 32: Ayat 16)

Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini...



Rasulullah ﷺ bersabda:
"Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini.
Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah).
Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari)