Saturday, March 07, 2020

"Hasbunallahu wa ni’mal wakil"...Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung.



حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

"Hasbunallahu wa ni’mal wakil."

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung." (surah Ali-Imran: 173)

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda – "Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?" Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.
Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah..

Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyebut-nyenut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kememangan kepada baginda.

Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba-hambanya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya.

Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya. Kalimah "Hasbunallah wa ni’mal wakil" elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah s.w.t.

Allah memberikan pertolongan dan ketenangan kepada hamba-hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya. Dari sini terlihatlah bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha Mengasihi ketika kita sebagai hamba, menyandarkan diri kita kepadaNya.

Oleh itu, jika anda mendapat sebarang musibah, masalah, tekanan atau kemurungan, usahlah melakukan perkara-perkara di luar batasan dan meratapi masalah yang menimpa, kerana itu semua tidak dapat mengubat kelukaan hati, ia cuma menambahkan dosa dan kesakitan dalam hati anda.

Serahkanlah segala-galanya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat. Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah "Hasbunallah wa ni’mal wakil" berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatiNya.

Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia dan akhirat.. Insya-Allah.

PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 53 tahun, bermula sejak 1967



DANA-DANA PATUH SYARIAH PMB INVESTMENT 🕋 (Islamic Unit Trust Funds) 🇲🇾

✅ PMB INVESTMENT menguruskan 15 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.

✅ PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 53 tahun, bermula sejak 1967.

✅ Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1).

✅ Rekod pulangan lepas yang memuaskan dan potensi pulangan cemerlang untuk pelaburan jangka panjang, insya Allah.

Year-to-date total return as at 31 December 2019 (1.1.2019-31.12.2019):
✅PMB Dana Mutiara ⬆️ 25.07%
✅PMB Shariah Mid Cap Fund ⬆️ 21.28%
✅PMB Shariah TNB Employees Fund ⬆️ 19.40%
✅PMB Shariah Small-Cap Fund ⬆️ 18.26%
✅PMB Shariah Aggressive Fund ⬆️ 15.72%
✅PMB Dana Al- Aiman ⬆️ 14.85%
✅PMB Dana Bestari ⬆️ 11.89%
✅PMB Shariah Tactical Fund ⬆️ 10.88%
✅PMB Shariah Growth Fund ⬆️ 10.42%

Year-to-year total return as at 24 January 2020 (24.1.2019-24.1.2020):
✅PMB Dana Mutiara ⬆️ 30.59%
✅PMB Shariah Mid Cap Fund ⬆️ 27.19%
✅PMB Shariah Small-Cap Fund ⬆️ 22.29%
✅PMB Shariah Aggressive Fund ⬆️ 22.19%

☆☆☆☆☆

Sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke +60192348786 
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment dengan menulis:

Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi

Contoh: Pelabur Ahmad Ali 40 TTDI KL

Ahmad Sanusi - Group Agency Manager
PMB Investment Berhad
(Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad)
Kuala Lumpur 🇲🇾
🌐 www.pmbinvest.com.my

Sejak 1967...53 tahun

 *Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah.