Tuesday, March 03, 2020

Pesanan Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a

Khalifah ar-Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a pernah meninggalkan pesan, katanya:

"Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
i. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
ii. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
iii. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.
iv. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
v. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin."

Amalan sedekah



Allah SWT berfirman:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ  ۗ وَاللَّهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَشَآءُ  ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 261)

Penerus amal selepas mati


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solleh yang selalu mendoakannya."

(Hadis riwayat Imam Muslim No: 3084) Status: Sahih

Nota: Berusahalah semampu mungkin dengan menyediakan diri untuk bekalan di akhirat. Perbanyakkan sedekah dan infaq, pelajari ilmu untuk di amalkan dan disampaikan kepada orang lain. Didiklah anak agar menjadi anak yang solleh.