Sunday, February 02, 2020

Selawat yang terbaik



Selawat terbaik

Ya Allah, berilah rahmat kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberikan rahmat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Berilah berkah kepada Muhammad dan keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi berkah kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung."
(Hadis riwayat Imam Bukhari dalam Fathul Baari 6/408)

Perintah mencari rezeki Halal



Perintah Mencari Rezeki Yang Halal

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

(Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Tabrani)

Pengajaran Hadis:
i) Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.
ii) Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.
iii) Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah S.W.T adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
iv) Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah S.W.T namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.

Doa dibuka 12 pintu



Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan
dan pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Aamiin