Ibu: Insan Yang Paling Layak Untuk Dikasihi

🌹IBU: INSAN YANG PALING LAYAK UNTUK DIKASIHI
عن أَبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: جاء رجل إِلَى رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُول الله مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ: ((أُمُّكَ)) قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ((أُمُّكَ))، قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ((أُمُّكَ))، قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ((أبُوكَ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه melaporkan: seorang lelaki telah menemui RasululLah صلى الله عليه وسلم lalu bertanya: Wahai RasululLah, siapakah manusia yang paling patut aku dampingi (beri kasih sayang) sepenuhnya? Baginda menjawab: "Ibumu." Kemudian siapa? Baginda menjawab: "Ibumu." Kemudian siapa? Baginda menjawab: "Ibumu". Kemudian siapa lagi? Baginda menjawab: "Ayahmu." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Jasa dan pengorbanan seorang ibu adalah sangat besar demi memastikan anak-anaknya dapat membesar dengan baik dan sempurna,
2. Islam mengiktiraf dan menegaskan hak seorang ibu seperti firman Allah dalam surah Luqman ayat 14 (yang bermaksud): "Dan kami memerintahkan agar manusia (berbakti kepada) kepada ibubapanya yang mana ibu telah mengandungkannya dalam keadaan yang serba susah dan menyusukannya sehingga berusia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepadaKu tempat kembalimu."
3. Oleh itu setiap anak bertanggungjawab memberikan perhatian kepada ibunya dengan sentiasa berbakti kepadanya semasa masih hidup dan mendoakannya apabila telah tiada.