Sedekah dengan lisan.
Friday, December 28, 2018
Salah satu adab orang Melayu yang masih diamalkan...
Salah satu adab orang Melayu yang masih diamalkan...
Apabila melintasi orang yang sedang duduk (dalam majlis/masjid dll), menundukkan badan sedikit sambil menghulur tangan ke depan meminta laluan.
Tidak pernah sesekali kita melihat orang Melayu melangkah bahu atau kepala orang lain untuk ke depan.
Di kedai makan tadi, makcik yang beratur di depan saya (yg saya tak kenali), menundukkan badan sedikit sambil menghulur tangan ke depan, seperti meminta izin keluar barisan. Itu adab tahap tinggi...tahap PhD. 🙂
Jika adab seperti ini diamalkan dalam politik dan perniagaan...aman masyarakat.
Hadis: Penyakit umat-umat terdahulu
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman."
(Hadis Riwayat Al-Haakim)
Semoga Allah melindungi kita dari penyakit dan musibah ini. Aamiin.
Doa Yang Paling Didengari Oleh Allah SWT
Doa Yang Paling Didengari Oleh Allah SWT
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmizi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmizi 3/167-168 No. 2782)
Kata-kata hikmah hari ini
Semakin gemar berdoa untuk kebaikan bagi orang lain, semakin mustajab doa kita. Saat itu para malaikat turut berdoa untuk kebaikan kita.