Friday, November 16, 2018

Islam larang guna bitcoin bagi pelihara kemaslahatan umum



KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpendapat hukum penggunaan mata wang bitcoin (mata wang digital) pada masa kini adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Menurutnya, secara jelas berdasarkan pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, didapati mata wang itu tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten.
Katanya, meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang, ketidakstabilan nilainya sekarang boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

“Selain itu, ketiadaan badan berkuasa yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif, seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

“Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan dan tidak menepati tujuan asal penciptaannya, iaitu mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat sedia ada,” katanya dalam catatan di laman sesawang rasminya hari ini bertajuk ‘Bayan Linnas #153: Hukum Penggunaan Mata Wang Bitcoin’.

Justeru, kata Zulkifli, tindakan menyekat penggunaan mata wang berkenaan adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ atau menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar.

“Ini bagi memastikan mata wang ini tidak berlegar dalam kalangan masyarakat umum. Pemerintah dan badan berkuasa juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum.”

“Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam serta mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum.
“Namun hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin sama ada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan kawal selia untuk mengelakkannya daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.
“Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa bitcoin yang ada pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan oleh Islam.
“Diputuskan bahawa mata wang ini mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh itu, penggunaannya sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilapor berkata kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang digital.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde, bahawa kemungkinan bank pusat di seluruh dunia mempertimbangkan bagi mengeluarkan mata wang digital, kripto.

Masjid Sultan Ismail Petra - Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia

Masjid Sultan Ismail Petra - Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia.

Masjid As-Salam - Puchong Perdana, Selangor, Malaysia

Masjid As-Salam - Puchong Perdana, Selangor, Malaysia.

Keadilan tidak semestinya sama rata

Keadilan tidak semestinya sama rata.

Kelebihan memberi orang minum air

Kelebihan memberi orang minum air


Rasulullah menyebut kelebihan memberi minum kepada sahabatnya Sa’ad bin ‘Ubadah:


Sa’ad bin ‘Ubadah menceritakan, aku berkata: “Wahai Rasulullah! Ibuku sudah meninggal dunia, bolehkah aku bersedekah bagi pihaknya?: Baginda menjawab: “Ya (boleh).” Aku bertanya lagi: “Sedekah apakah yang terbaik?” Baginda menjawab: “Memberi (orang) minum air.” 


(Hadis riwayat Imam Ahmad - Musnad Ahmad)

Shalat malam meningkatkan kedekatan spiritual antara manusia yang fana dengan Tuhan yang Maha Kekal

Shalat malam meningkatkan kedekatan spiritual antara manusia yang fana dengan Tuhan yang Maha Kekal.

~ Sayyid Qutb

Who refuse to enter Paradise?

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ، حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ، حَدَّثَنَا هِلاَلُ بْنُ عَلِيٍّ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ، إِلاَّ مَنْ أَبَى ‏"‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ ‏"‏ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى ‏"‏‏.‏


Narrated Abu Hurairah r.a:

Allah's Messenger (ﷺ) said, "All my followers will enter Paradise except those who refuse." They said, "O Allah's Messenger (ﷺ)! Who will refuse?" He said, "Whoever obeys me will enter Paradise, and whoever disobeys me is the one who refuses (to enter it)."


(Sahih al-Bukhari 7280)