Sunday, September 02, 2018

Dana patuh Syariah PMB INVESTMENT


DANA-DANA PATUH SYARIAH PMB INVESTMENT 🇲🇾 

 ● PMB INVESTMENT menguruskan 15 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN. 

 ● PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan bermula sejak 1967. 

 ● Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1). 

 ● 5 dana PMB Investment mencatatkan jumlah pulangan 1 tahun (2017) yg cemerlang seperti pada 31 Disember 2017.

Jumlah pulangan 1 tahun - 2017: 

1. PMB Shariah Growth Fund : 32.8% 

2. PMB Shariah Small-Cap Fund : 32.8%

3. PMB Shariah Premier Fund : 29.1% 

4. PMB Shariah Aggressive Fund : 29.1%

5. PMB Shariah Dividend Fund: 23.4% 

Sumber: Lipper for Fund Management 

ALHAMDULILAH 

☆☆☆☆☆  

Jika berminat melabur dlm dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT Berhad atau ingin menjadi perunding, sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke www.wasap.my/60192348786 dgn menulis: Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi Contoh: Pelabur Ahmad Ali 30 KL 

Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi/Perunding 

PMB Investment Berhad (Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad) 

Kuala Lumpur 

🌐 www.pmbinvest.com.my 

 Sejak 1967...51 tahun "Pengalaman Kami. Keyakinan Anda"

 *Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan suatu dana unit amanah

Life


---
Alfalah Consulting KL: www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Solat sunat Isyraq



Solat Sunat Isyraq Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari. 
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari (syuruk). 
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a., katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.” (Hadis Riwayat Imam Muslim) 
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 14 minit sahaja (12 minit – 26 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya. 
Keutamaan Solat Isyraq Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.) 
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.
Keterangan Hadis Keterangan lanjut tentang hadis di atas: Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha. 
Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti'” menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim) 
Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.” (HR Muslim dan at-Tirmizi)
Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid. 
Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan. Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah. 
Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu. Jangan lepaskan peluang keemasan yang terhad tempohmya dengan ganjaran luar biasa dari Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
* Panduan Solat Sunat Isyraq ► https://goo.gl/wHIba3

---
Alfalah Consulting KL: www.alfalahconsulting.com

Islamic Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my