Saturday, August 22, 2015

Posts from my facebook on 22 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Ramai yg menanti hari esok utk melakukan amal kebaikan kerana terlalu yakin esok masih ada, tetapi kita harus ingat bahawa mungkin juga tiada esok bagimu...jadi gunakanlah kesempatan yg ada pada hari ini utk melakukan amal kebaikan sebaik dan sebanyak yg mungkin...hari ini.

Prophet Muhammad s.a.w said:
"Allah will not give mercy to anyone, except those who give mercy to other creatures."

(Hadith reported by Abu Dawud & Tirmidhi)


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

BERGANTUNG HARAP SEPENUHNYA KEPADA ALLAH

عن ابن عباس رضي الله عنهما أيضًا، قَالَ: حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ، قَالَهَا إِبرَاهيمُ صلى الله عليه وسلم حِينَ أُلقِيَ في النَّارِ، وَقَالَها مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم حِينَ قَالُوا: إنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إيْمانًا وَقَالُوا: حَسْبُنَا الله ونعْمَ الوَكيلُ. رواه البخاري.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما melaporkan: Ungkapan "حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ" (yang bermaksud: Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-sebaik wakil) pernah diucapkan oleh Nabi Ibrahim صلى الله عليه وسلم ketika dihumban ke dalam api. Ungkapan yang sama juga diungkapkan oleh Nabi Muhammad صلى الله  عليه وسلم ketika manusia (puak musyrikin) mengatakan: Sesungguhnya manusia telah berkumpul untuk menentang kamu maka takutlah kepada mereka. Tetapi (yang berlaku) iman mereka semakin bertambah dan mereka menyatakan:  "حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ". (Mafhum HR Al Bukhari)

PENGAJARAN
1. Antara perbezaan antara umat Islam dengan umat lain adalah mereka dituntut untuk bertawakkal (menyandarkan harapan) kepada Allah dalam usaha yang mereka telah lakukan lebih-lebih lagi dalam urusan yang penting,
2. Dengan bergantung harap kepada Allah mudah-mudahan usaha tersebut memperoleh kejayaan dan kemenangan sepertimana Nabi Ibrahim telah selamat walaupun dicampakkan ke dalam api (rujuk surah Al Anbiya': ayat 64) dan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang berjaya menumpaskan musuh Islam walaupun jumlah mereka lebih ramai beserta dengan pelbagai kelengkapan perang.


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com