QURAN
Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli . Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al-Quran, surah Al-Jumua, 62: 9)
HADITH
“Sebaik-baik hari dalam seminggu adalah hari Jumaat. Padanya Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya juga dimasukkan ke Syurga, dan padanya juga dikeluarkan. Dan tidak terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat.” (Hadis dari Abu Hurairah r.a, riwayat 5 perawi kecuali Bukhari)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila engkau berkata kepada temanmu, diamlah! pada hari Jumaat. Padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu benar-benar telah melakukan satu perkara yang sia-sia iaitu lalai. (Hadis)
Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat sholat Jumat ketika imam sedang berkhotbah.” (Tirmidzi)
---