Sunday, September 23, 2012

Words of wisdom: Persistence



In the confrontation between the stream and the rock, the stream always wins...not through strength, but through persistence.

However heavy the odds against you or however difficult the circumstances, you should never accept defeat but continue working until you achieve what you seek to attain in life.
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Solat: Dari Quran & Hadith


Quran

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Quran, Al-Baqarah, 2:3)

Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Quran, Al-Baqarah, 2:43)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Quran, Al-Baqarah, 2:45)

"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah solat serta berilah zakat." (Quran, Al-Baqarah, 2:83)

Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Quran, Al-Baqarah, 2:110)

Sesungguhnya Solat itu adalah fardhu (wajib) yg ditentukan waktunya atas orang-orang yg beriman”. (Quran, Surah An Nisa’, 4: 103)


Dan perintahkanlah keluargamu untuk mendirikan solat, dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. (Quran, surah Thoha, 20:132)

Hadith


‎"Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Abu Muslim berkata kepada Abu Dzarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Dzarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Dua rakaat sunat fajar (yakni sebelum solat fajar/subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya)." [Riwayat Muslim]

Nabi s.a.w bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” [HR Muslim]

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa membaca ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk syurga, kecuali kematian.” (HR. An Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa suka bertemu Allah SWT dalam keadaan Muslim, hendaklah ia menjaga shalat lima waktu." (HR.Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah s.a.w : "Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat."  (HR: Abu Daud & al-Tarmizi)

"Rasulullah bila menghadapi suatu dilema (situasi yg sukar dan membingungkan) beliau shalat (Sunnah)." (HR Ahmad)



Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.” (HR Muslim)


"Sesungguhnya saat yg paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang bersujud." (HR Muslim)

“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, “(Hadis Riwayat Muslim)

"Barangsiapa yang sengaja meninggalkan solat fardhu, maka terpisahlah ia dari syafaat Nabi Muhammad. (HR Imam Ahmad)

"Barangsiapa yang mendirikan solat, sungguh dia berbicara langsung kepada Tuhan-Nya. (HR. Bukhari)
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com

Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com